web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerana Bercumbu Dengan Pengawal Keselamatan, Penyanyi Taylor Swift Putus Cinta Dengan Matty Healy 

Penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Taylor Swift telah pun menambahkan nama Matty Healy dalam senarai tersebut serta kembali memegang status wanita single. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 12:00PM

Taylor Swift (kiri) kini kembali solo selepas Matty Healy dirakam buat hal lagi. - Gambar Instagram Taylor Swift dan The 1975

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Senarai lelaki yang pernah bercinta dan kemudian putus cinta dengannya memang sudah tidak terkira lagi dan ia juga sudah  tidak boleh dibilang dengan jari. 

Kini, penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Taylor Swift telah pun menambahkan nama Matty Healy dalam senarai tersebut serta kembali memegang status wanita single. 

Ya dengan kata lain, hubungan cinta yang singkat di antara penyanyi Bad Blood dengan vokalis kumpulan The 1975 itu telah pun berakhir. Alasan mereka memutuskan hubungan adalah kerana mereka berasa tidak sesuai bersama. 

“Taylor dan Matty sudah putus hubungan. Mereka berdua sangat sibuk dan menyedari bahawa mereka bukan pasangan yang serasi. 

“Rakan-rakan Taylor mahukan yang terbaik untuknya dan perpisahan Taylor dengan Matty bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas dia menjalinkan hubungan cinta,” kata satu sumber.

Matty Healy - Gambar Instagram Matty Healy
Matty Healy - Gambar Instagram Matty Healy

Taylor Swift sebelum ini telah menjalinkan hubungan cinta yang cukup lama dengan aktor kacak, Joe Alwyn iaitu selama enam tahun dan pada tahun ini, mereka  mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Difahamkan hubungan cinta mereka putus pada Mac lalu kerana perbezaan personaliti. 

Berbalik kepada Taylor Swift da Matty Healy. Dilaporkan ada sebab lain mengapa hubungan cinta mereka yang hanya mampu bertahan lebih kurang sebulan itu terkandas di tengah jalan. 

Sebabnya adalah kerana Matty Healy telah dilihat mencium seorang petugas keselamatan lelaki pada konsert The 1975 di Denmark. 

Pada konsert itu, penyanyi dan pemuzik British itu dilihat berlutut dan mencium petugas keselamatan tersebut sewaktu membawakan lagu ‘Robbers’ di Festival NorthSide 2023 di Eskelunden. Videonya bercium dengan petugas keselamatan itu telah pun tersebar. 

Ini bukanlah kali pertama Matty Healy melakukan perkara sebegini. Bahkan, dia memang dikenali sebagai penyanyi yang gemar mencium penontonnya. 

Namun, sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Taylor Swift, Matty telah sedaya upaya untuk mengawal tingkah lakunya itu kerana dia tahu kekasihnya itu tidak menyukai perbuatan tersebut. 

Malangnya, perbuatan mencium penonton telah menjadi satu tabiat yang sukar dikekang oleh Matty Healy. Apakah akan ada lagu untuk Matty Healy selepas ini? – Getaran, 7 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

4

Muzik 3 tahun yang lalu

AMAS 2022 Malam Milik Taylor Swift, Penyanyi Pop Dan Country Ini Bolot 6 Anugerah 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN