web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Kolaborasi Bersama Tiga ‘Datuk’, Kmy Kmo Dan Luca Sickta Pilih Hazama Pula

Duo rapper popular ini tampil dengan lagu terbaru bersama Hazama menerusi lagu yang diberi judul Mukuta yang membawa maksud mahkota. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 4:00PM

Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama (tengah) menerusi lagu berjudul Makuta. - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan merakamkan tiga single bersama  penyanyi tersohor negara iaitu Datuk M.Nasir menerusi lagu Zuhud, diikuti Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi 7 Nasihat dan Datuk Jamal Abdillah dalam Neraca, kini duo hip hop popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul Makuta.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dua penyanyi muda ini sememangnya memiliki mesej yang cukup mendalam selain menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara dalam buah tangan kali ini.

Menurut Kmy Kmo  atau  nama  sebenarnya  Lukmanul  Hakim,  penghasilan Makuta menitikberatkan  gambaran  serta  amaran  yang  sudah  dan  bakal  berlaku  dalam  memberi  kesedaran kepada pendengar secara menyeluruh.

“Makuta yang   bermaksud   Mahkota   dari   bahasa   Sunda   ini   mengisahkan   propaganda, ketidakadilan  dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan juga pada kehidupan harian kita.

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Makuta juga lebih menjuruskan kepada  ketua,  pengurus,  dan  juga  wanita kerana golongan ini mempunyai mahkota tersendiri dengan kuasa yang dimiliki. Mereka mampu membawa  setiap  agenda  atau  tanggungjawab  itu  kearah kebaikan  atau sebaliknya dengan mempergunakan Makuta/Mahkota sebagai senjata kuasa veto.

Tidak dinafikan pengurus atau ketua yang diberikan mahkota dalam satu perbadanan mampu mengubah pengikut-pengikut menjadi lebih baik  dengan  penuh  rasa  tanggungjawab. 

Malah golongan ini juga mampu mempergunakan pengikut-pengikutnya dengan kuasa “Mahkota” yang diamanahkan demi kepentingan diri sendiri.

Jika dilihat daripada sudut wanita, ‘Mahkota’ boleh disifatkan sebagai sesuatu yang berharga dan dalam masa sama  mampu  menjadi  senjata  yang  berbahaya atau membunuh  jika  ia digunakan dengan niat jahat,” katanya.

Gambar Universal Music Malaysia
Gambar Universal Music Malaysia

Mengakui single Makuta memberi cabaran tersendiri  memandangkan  tiga  single  terdahulu memberi impak besar kepada pendengar setianya, Kmy bagaimanapun berusaha menghasilkan lirik yang berbekas di hati pendengar.

“Proses penulisan agak mencabar kerana sebelum ini kami sudah  keluarkan  tiga  lagu  yang memberi  impak  besar kepada  pendengar dan  secara  tidak  langsung memberi  satu tekanan kepada kami untuk mengekalkan momentum karya-karya kami. 

“Namun kami percaya pendengar akan terus mengkaji  setiap  bait-bait  lirik  yang  kami  sajikan dalam memahami  dan  menghayati apa pula rahsia di sebalik lirik lagu Makuta,” katanya.

Menyentuh mengenai  kolaborasi  dengan Hazama,  Luca  Sickta  pula berkata, pemilihan  Hazama  diputuskan  selepas  mengambil  kira  bakat,  karakter  dan  personaliti  seorang penyanyi rock yang dimilikinya. 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

“Bagi saya Hazama adalah seorang penyanyi yang mampu menjiwai setiap apa yang diamanahkan. Dia  tahu  apa  itu  seni  lagu dan  seperti  yang  semua  tahu  setiap  lagu  yang  disampaikan  Hazama menusuk ke kalbu.

“Saya juga melihat kehadiran Hazama ini sebagai seorang legenda muda. Hazama juga seorang penyanyi    yang    sangat    kami    hormati    dengan    bakat    dan   karakternya    yang    begitu bersahaja,” katanya.

Beralih mengenai cabaran menghasilkan lagu Makuta, Luca berkata, lagu terbabit sepatutnya dilancarkan   lebih   awal,   namun   disebabkan   pandemik   Covid-19,   pihaknya   tidak   dapat memperdengarkan  kepada  peminat  sehingga  menyukarkan pergerakannya untuk   menghasilkan lagu seterusnya.

“Demo pertama dirakam pada 2020 sebelum pandemik dan vokal Hazama dirakam pada pertengahan tahun lepas. Saya akui proses kali ini agak ‘slow & steady’ kerana jadual pengeluaran kami terpaksa ditangguhkan hampir dua tahun kerana wabak berbahaya ini.

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

“Bagaimanapun berpeluang  bekerjasama  dengan  penyanyi  yang  bersuara  rock  ini  sangat menyeronokkan. Kami cuma perlukan satu sesi rakaman, walau konteks lagu ini agak serius tapi Hazama berjaya  menghadam  lirik  lagu  ini  dengan cepat,” katanya.

Sementara itu bagi Hazama pula, peluang untuk berkolaborasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan satu penghargaan buatnya. 

“Ia adalah suatu penghargaan untuk berkolaborasi bersama dua penyanyi rap yang seperti Kmy Kmo dan Luca Sickta. 

“Melihat kepada karya-karya mereka sebelum ini dan pengalaman mereka bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seni tanah air seperti Dato’ M. Nasir, saya rasa kedua-dua rapper ini perlu diberi perhatian yang lebih.

“Saya berpendapat bahawa Makuta adalah satu naskhah yang penuh berisi dan saya berikan sepenuh jiwa untuk menggalas tanggungjawab untuk menyumbangkan suara dalam karya hebat ini agar sampai ke hati para pendengar” kata Hazama. – Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Terkenal Tamil, Balan Kash Berkolaborasi Dengan Hazama Untuk Lagu Melayu Pertamanya 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

3

Muzik 3 tahun yang lalu

“Saya Tidak Sangka Lagu Casablanca Viral Seluruh Dunia”– Komposer Daqmie 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Casablanca trending! Jadi Siulan Peminat, Pempengaruh Luar Negara

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Muzik 5 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad