web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Tidak Sangka Lagu Casablanca Viral Seluruh Dunia”– Komposer Daqmie 

Ramai yang mengaitkan Casablanca dengan sebuah tempat di Morrocco, namun Daqmie mengakui lagu itu mempunyai metafora yang bersangkut-paut dengan penceritaannya. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 12:00PM

Komposer lagu Casablanca, Azmee Abdul Manap. - Gambar dari Facebook Daqmie

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah seorang komposer lagu Casablanca, Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Daqmie mengakui tidak menyangka sama sekali bahawa lagu duet dwi-bahasa, Arab-Melayu yang dinyanyikan Nuha Bahrin Naufal Azrin itu akan mencetuskan viral dan fenomena di seluruh dunia. 

Daqmie yang mencipta lagu itu bersama Wan Saleh berkata, banyak faktor sebetulnya yang menyebabkan lagu itu berjaya dan diterima bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia tetapi juga di negara-negara lain termasuk Timur Tengah. 

“Faktor pertama bagi saya adalah Nuha Barin itu sendiri. Bagi saya, dia bukan sahaja minat menyanyi, bahkan sangat komited dengan apa yang dilakukannya untuk bergelar penyanyi. 

“Dia tidak kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Keterujaannya hanyalah untuk nyanyian dan dia juga sudah menyusun rencana untuk sampai ke tahap ini. 

“Kebetulan dia juga mendapat rekod label yang bagus iaitu Bee Good Music yang mampu membantunya untuk mencapai cita-cita dan impiannya,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Daqmie lagi, melalui kolaborasi Bee Good Music bersama Universal Music Malaysia, mereka telah membuat perancangan untuk tampil dengan suatu pembaharuan terhadap Nuha. 

“Mereka beritahu saya mahu jadikan Nuha sebagai trendsetter dan mahukan sebuah lagu dwi-bahasa yang menampilkannya nyanyiannya duetnya bersama seorang penyanyi nasyid bernama Naufal Azrin daripada kumpulan nasyid Zayne. 

“Kebetulan, Nuha juga sudah ada ramai pengikut yang memang amat menantikan sebuah lagu baharu daripadanya. Sebelum ini, dia hanya menyanyikan lagu orang sahaja.

“Saya kata okay dengan pihak Bee Good dan beritahu berikan saya masa untuk kaji lagu apa yang sesuai untuk saya hasilkan buat Nuha dan Naufal,” katanya. 

Gambar Naufal & Nuha ihsan Universal Music Malaysia
Gambar Naufal & Nuha ihsan Universal Music Malaysia

Faktor kedua, kata Daqmie adalah kebebasan yang diberikan pihak label untuknya berkarya tanpa dikongkong. 

“Mereka bagi kebebasan dan tidak mengawal atau mengongkong saya untuk berkarya. Cuma, mereka berikan sedikit guideline yang perlu diikut, itu biasa. 

“Bila di bahagian itu mencapai persetujuan, barulah disusuli dengan yang lain-lain. Tiga lagu telah dihasilkan tetapi ia tidak menepati citarasa. 

“Akhirnya saya mencari waktu untuk duduk bersama Wan Salleh yang juga seorang penyusun lagu dan akhirnya terhasillah Casablanca,” katanya. 

Jelas Daqmie lagi, dia memilih tajuk Casablanca kerana ia mempunyai banyak metafora. 

“Ada yang mengaitkan ia dengan Casablance di Morocco. Tapi, ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan penceritaan lagu ini iaitu tentang hubungan cinta dan perasaan. 

“Casablanca yang saya gambarkan adalah sebuah rumah (casa) dan balanca (putih). Rumah itu ibarat lelaki dan putih itu adalah wanita dan seorang lelaki harus menjaga wanitanya dengan sebaik-baiknya. 

“Saya menjadikan hubungan percintaan dalam dunia perkahwinan sebagai simbol yang boleh disesuaikan dengan apa juga jenis percintaan,” katanya. 

Gambar Naufal & Nuha ihsan Universal Music Malaysia 
Gambar Naufal & Nuha ihsan Universal Music Malaysia 

Menulis keseluruhan lirik lagu tersebut, Daqmie memberitahu, dia turut mendapatkan khidmat kenalan lamanya, Abdul Karim Al Ali dari Syria untuk menterjemahkan lirik dalam bahasa Arab. 

“Sewaktu rakaman lagu ini dilakukan, saya tiada kerana disahkan positif Covid-19, sebab itu lagu ini ramai produser tetapi akhirnya kata putus adalah daripada saya, sama ada lagu ini okay atau tidak ok. 

“Untuk sebutan nyanyian di dalam bahasa Arab, Abdul Karim sendiri turun dibantu Muaz. Memang kita mahu mereka Nuha dan Naufal mahir dengan sebutan Arab Ammi dan bukan Arab tulisan. 

“Ia mungkin bukan satu kesukaran buat Naufal kerana dia adalah tahfiz tapi tidak juga buat Nuha yang kebelakangan ini banyak menghasilkan lagu cover dalam bahasa Arab.

“Sebab itu sebutan nyanyian mereka di dalam bahasa Arab mendapat pujian termasuk dari orang-orang Arab sendiri,”  katanya. 

Tidak cukup dengan itu, lagu Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Global Indonesia. 

Bahkan ia turut mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits. Manakala di aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua. Getaran, 21 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN