web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Terkenal Tamil, Balan Kash Berkolaborasi Dengan Hazama Untuk Lagu Melayu Pertamanya 

Lagu berjudul 'Terima Kasih', merupakan kerjasama Balan dengan Hazama, dan idea menghasilkan lagu ini tercetus sewaktu Balan mahu menidurkan anak perempuannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 5:00PM

'Terima Kasih', merupakan kerjasama Balan bersama penyanyi rock terkenal Malaysia, Hazama. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Balan Kash adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia sebagai seorang pemuzik rap berbakat yang serba boleh. Malah, dia juga dikenali sebagai artis yang mampu menguasai tiga bahasa. 

Sehingga hari ini, dia pernah bekerjasama dengan beberapa nama hebat lain seperti Joe Flizzow, Reshmonu, Anirudh Ravichander, Santesh dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, Balan juga mempunyai rekod penstriman sebanyak 20 juta sepanjang kariernya dalam bidang muzik. 

Selepas berjaya menembusi pasaran Kollywood dan dunia hiburan Tamil, Balan cuba mengintai peluang baru dengan melancarkan lagu berbahasa Melayu pertama nyanyiannya  baru-baru ini. 

Lagu berjudul 'Terima Kasih', merupakan kerjasama Balan bersama penyanyi rock terkenal Malaysia, Hazama.

Gambar PR
Gambar PR

Balan telah menulis lagu ini bersama duo yang banyak menerima anugerah, Mambang dan Navin 'Navigator' Kumar, ketika pandemik COVID-19 melanda negara. 

Korus lagu tersebut merupakan idea daripada Balan sendiri, yang mendapat inspirasinya ketika dia mahu menidurkan anak perempuannya yang berusia dua tahun. 

Balan Kash - Gambar PR
Balan Kash - Gambar PR

"‘Terima Kasih’ merupakan sebuah lagu yang nyata, dan refleksi jujur tentang hidup saya. Bagi saya, makna lagu ini lebih besar daripada perkataan Terima Kasih itu sendiri.

"Lagu ini menyedarkan saya, bagaimana rasa syukur itu mampu memberikan semangat untuk terus memulakan hari dan menerima apa sahaja yang terjadi - sama ada yang baik, yang buruk, yang tinggi atau yang rendah.

"Rasa tenang ini boleh hadir dengan mudah apabila kita sering bersyukur untuk setiap perkara," kata Balan.

Sementara itu bagi Hazama pula, dia meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan nama besar dalam industri muzik Tamil.

Hazama - Gambar PR
Hazama - Gambar PR

"Saya sudah lama mengikuti bakat Balan dan karya-karya hebatnya sepanjang kariernya. Saya teruja apabila diberikan peluang untuk kolaborasi ini. 

“Sebenarnya, ramai bakat-bakat tempatan yang kurang menerima perhatian daripada media dan orang ramai kerana mereka tidak menyanyi dan melakukan persembahan dalam Bahasa Melayu. 

“Namun, kita semua adalah rakyat Malaysia dan saya mengharapkan kerjasama merentasi bahasa ini dapat diteruskan lagi.”

'Terima Kasih' juga hadir dalam video muzik dimana kisah disebalik video muzik ini merupakan adaptasi hidup Balan sendiri dan bagaimana dia membentuk dirinya sebagai seorang artis.

Bermula sebagai seorang penyanyi indie yang gigih menempa nama dan kini dia boleh berbangga selepas mempersembahkan lagunya sendiri iaitu 'Start That Thiruvizha' di konsert Anirudh baru-baru ini.

"Kerana rasa cinta dan minat yang mendalam dalam muzik, saya berpeluang untuk berjumpa dan bekerjasama dengan orang-orang yang berbakat, serta idola saya.

"Lagu ini juga tentang bagaimana kegigihan saya bekerja dan mengusahakan apa yang saya suka semata-mata untuk menyara keluarga.

‘Terima Kasih’ juga menceritakan siapa saya pada hari ini dan bagaimana saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai seorang anak, bapa, suami dan rakan," kongsi Balan. 

‘Terima Kasih’ telah dilancarkan oleh Believe Music di semua platform penstriman digital sejak 16 Disember 2022. Video muzik ‘Terima Kasih’ pula telah dilancarkan pada 20 Disember di  laman Youtube label muzik Balan sendiri, Third Eye Music. - Getaran, 3 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...