web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 2:08PM

Terdahulu, jenazah Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah tiba di KLIA kira-kira 7.30 pagi tadi dari Kathmandu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah pendaki Everest Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub ke tanah air hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan jenazah Allahyarham ketika ini sedang dalam penerbangan MH2646 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jangkaan tiba pada 2.05 petang.

“Kementerian ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Nepal, pihak berkuasa tempatan Nepal, penyumbang dana dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam urusan membawa pulang jenazah sehingga tempat persemadian terakhir di Sabah,” katanya.

Menurut Wisma Putra lagi, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Al-Amin bersama pegawai dari Pejabat Wilayah Sabah dan Bahagian Konsular Kementerian Luar akan menyambut ketibaan jenazah di KKIA.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah tiba di KLIA kira-kira 7.30 pagi tadi dari Kathmandu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormatan APM.

Pada sesi penghormatan terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA pagi tadi yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh 2 Beranak: Sebutan Ditangguh Untuk Lantik Jurubahasa Nepal

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Azhan Rani Berpatah Balik, Pendakian ke Puncak Gunung Island Peak Terhalang Kerana Cuaca Buruk

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh: Warga Nepal Ditahan Bantu Siasatan - Polis Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan