Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlindungan Hak Cipta Perlu Ditambah Menjadi 70 Tahun - RIM

Pihak RIM berkata penambahan tempoh perlindungan hak cipta daripada 50 tahun kepada 70 tahun itu mampu membantu seluruh ekosistem industri muzik tanah air untuk terus bernafas.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:27PM

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berharap pihak kerajaan akan dapat mempertimbangkan cadangan mereka untuk menambah tempoh jangka masa hak cipta lagu daripada 50 tahun kepada 70 tahun sebelum ia bertukar menjadi domain awam. 

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, jika berpandukan kepada terma Perlindungan Hak Cipta yang ada sekarang, perlindungan hak cipta untuk sesebuah lagu ciptaan seseorang komposer tempatan hanyalah pada tempoh 50 tahun sahaja selepas kematiannya.

“Buat masa ini, kebanyakan lagu yang dirakamkan pada tahun 60-an khususnya yang dinyanyikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bakal berubah menjadi hak milik awam. 

“Dan hal yang sama juga akan berlaku kepada lagu-lagu yang dirakamkan pada tahun 70-an juga akan mengalami nasib yang sama. 

“Begitu juga dengan lagu-lagu raya klasik yang seringkali kita dengar pada waktu zaman membesar kita. 

“Andai kata kebanyakan lagu-lagu dari era 60-an dan 70-an ini berubah menjadi domain awam, ia akan memberikan kesan kepada banyak pihak termasuk waris kepada seseorang pencipta lagu itu sendiri. 

“Sebab itulah anak P. Ramlee iaitu Sazali memberitahu bahawa dia bakal kehilangan punca pendapatan daripada royalti bapanya itu kerana tempoh perlindungan hak cipta lagu-lagu P Ramlee akan berakhir,” kata Rosmin kepada Getaran. 

Sehubungan itu, kata Rosmin lagi, penambahan perlindungan hak cipta daripada tempoh 50 tahun ke 70 tahun itu perlu dilaksanakan kerana ia mampu membantu penyanyi, pemuzik, komposer serta syarikat rakaman untuk terus menjana pendapatan. 

Andai kata kebanyakan lagu-lagu dari era 60-an dan 70-an ini berubah menjadi domain awam, ia akan memberikan kesan kepada banyak pihak termasuk waris kepada seseorang pencipta lagu itu sendiri. 

“Bayangkan apa yang akan berlaku pada dekad seterusnya apabila lagu-lagu yang penuh ikonik daripada penyanyi legenda seperti Sudirman Haji Arshad dan Alleycats ini tiba -tiba berubah menjadi domain awam? 

“Walhal, sampai saat ini, masih ramai rakyat Malaysia yang membawakan lagu-lagu tersebut di pusat karaoke,” katanya. 

Jelas Rosmin lagi, cadangan untuk menambah perlindungan hak cipta daripada 50 tahun kepada 70 tahun itu juga dilakukan menerusi kajian dan pengamatan terhadap negara-negara lain. 

“Mengikut standard piawaian antarabangsa sekarang ini, kira-kira 60 negara di seluruh dunia telah pun mengubah tempoh perlindungan hak cipta mereka daripada tempoh 50 tahun kepada 70 tahun.

“Bahkan, ada juga yang menambahkannya kepada 80 tahun. Kita tidak cuma mahu minta tambahan kepada 70 tahun sahaja,” katanya. 

Justeru itu, kata Rosmin, pihaknya berharap pihak kerajaan akan dapat mempertimbangkan cadangan mereka itu. 

Apa yang penting juga, rasional di sebalik penambahan tempoh perlindungan hak cipta ini adalah untuk memastikan ekosistem industri muzik tanah air itu sendiri tidak akan lumpuh. 

“Andai kata ia tidak dilaksanakan, kita bimbang ia akan mendatangkan kesan atau impak yang tidak sihat kepada industri. 

“Penambahan tempoh perlindungan hak cipta daripada 50 tahun ke 70 tahun itu juga dapat membantu mengawal cetak rompak yang kini semakin berleluasa di platform digital. 

“Apa yang penting juga, rasional di sebalik penambahan tempoh perlindungan hak cipta ini adalah untuk memastikan ekosistem industri muzik tanah air itu sendiri tidak akan lumpuh. 

“Ia juga akan memberikan lebih insentif kepada syarikat rakaman untuk terus menghasilkan rakaman lagu. 

“Juga memberikan peluang kepada syarikat rakaman melabur untuk membangunkan industri muzik tanah air menerusi rakaman lagu untuk bakat-bakat baharu,” katanya. 

Jelas Rosmin lagi, pihaknya sudah menghantar kertas cadangan tersebut kepada pihak kerajaan untuk dibentangkan di parlimen agar ia mendapat kelulusan. 

“Andai kata lulus, seluruh industri muzik ini akan berpeluang untuk menikmati pendapatan daripada penambahan perlindungan hak cipta ini dalam tempoh 20 tahun lagi. Inilah antara usaha yang sedang RIM lakukan,” katanya lagi. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

3

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 9 bulan yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 minit yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran