web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 2:40PM

Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menunjukkan bahagian bumbung rumah pusaka P Ramlee di Pulau Pinang yang bocor. gambar Facebook Rais Yatim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rumah Pusaka Seniman Negara, Tan Sri P Ramlee di Pulau Pinang yang kini dijadikan muzium bakal dibaik pulih oleh Arkib Negara Malaysia (ANM).

Menurut wakil Jabatan Warisan Negara (JWN), Noraini Basri, kediaman yang dilaporkan berdepan masalah kebocoran pada beberapa bahagian binaannya itu, sudah 
mendapat perhatian pihak berkenaan.

Katanya, tindakan membaik pulih akan dilaksanakan segera sebaik sahaja peruntukan yang dimohon mendapat kelulusan.

"Pihak JWN sudah mendapatkan maklum balas daripada ANM cawangan Pulau Pinang berkenaan hal ini dan maklum balas tersebut adalah seperti berikut iaitu ANM mengambil maklum berkenaan kebocoran itu dan ia adalah kebocoran yang baharu berlaku. Langkah awal sudah diambil dengan meletakkan Notis Penyelenggaraan.

"Aduan kerosakan sudah dibuat dan sedang menunggu kelulusan peruntukan untuk membaiki bumbung tersebut," katanya kepada Getaran.my.

Sebelum ini, Getaran melaporkan bahawa rumah pusaka P Ramlee berada di dalam keadaan uzur dan menyedihkan.

Perkara berkenaan didedahkan oleh bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim selepas mengunjungi kediaman Seniman Negara itu baru-baru ini.

Kediaman itu adalah rumah kelahiran P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.

Rumah kayu itu dibina pada 1926 oleh bapanya, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan bapa saudaranya, Rejab Husin.

Terdapat beberapa barangan yang dipamerkan di muzium berkenaan termasuk diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan milik keluarganya. - Getaran, 6 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad