web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Jelajah Suria Secara Digital Ke Skrin Anda

Stesen radio popular, Suria akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital anda.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 3:39PM

Barisan artis Konsert Digital Jelajah Suria

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khas buat mereka yang rindukan siri Jelajah Suria, buat pertama kalinya stesen radio popular, Suria akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital anda pada Rabu, 24 Mac ini bermula jam 9.00 malam.  

Saksikan dan nikmati persembahan hebat daripada barisan artis popular dan juga legenda seperti Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Sentuhan di Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan turut disiarkan secara langsung di frekuensi Suria FM. 

Walaupun dilakukan secara maya, penonton juga boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung.

Suria FM akan turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April ini. 

Kempen ini akan memberi peluang kepada pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria. 

Pendengar yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana …… (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman web suria.my. 

Pendengar terpilih akan dihubungi penyampai Suria yang bertugas dan perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan. 

Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya. 

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. - Getaran, 21 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

Immersify KL Bawa Tarikan Berasaskan Pengalaman Ke Ibu Negara 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...