web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Come  Follow Me', Sasi The Don Suntik Inspirasi, Bangkitkan Semangat

'Come Follow Me' adalah hasil kolaborasi ikon muzik Reggae, Sasi The Don bersama jurutera bunyi dari Sweden, Tomas Granlind. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 4:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin banyak lagu yang mencetuskan inspirasi dan kebangkitan menghadapi cabaran pandemik dihasilkan dan dipersembahkan oleh artis tempatan. 

Ikon muzik Reggae, Sasi The Don juga tampil dengan tema lagu serupa menerusi sebuah kolaborasi unik bersama penerbit dan jurutera bunyi terunggul dari Sweden, Tomas Granlind dengan tajuk ‘Come Follow Me’  dari ruang kediamannya. 

Idea dan inspirasi untuk menghasilkan 'Come Follow Me' mula tercetus apabila melihat suasana pandemik yang masih belum berkesudahan pada penghujung 2020. 

“Pandemik ini telah meninggalkan impak teruk pada industri sedunia. Bagi individu seperti saya yang mempunyai keghairahan untuk berkongsi ciptaan dan mengembangkan sesuatu yang baharu, ketidakupayaan untuk keluar, melancong, bertemu orang baharu, mencetuskan  perbualan baharu  serta  mendapatkan inspirasi daripada sekeliling kami telah hilang.

"Dan, saya harus  mengambil kesempatan dalam suasana lockdown ini untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan saya telah  berhubung kembali dengan Granlind dengan hanya satu mesej teks iaitu 'Hello’,” katanya sewaktu menerangkan bagaimana projek ini dimulakan. 

Tomas Granlind adalah sahabat baik Sasi yang pernah berkolaborasi dengan bintang  legenda Dr Alban pada 2008. 

Namun, kolaborasi  mereka menerusi 'Come Follow Me' ini mengambil masa selama setahun itu disiapkan yang mana Granlind menghasilkan muzik untuk lagu ini, manakala Sasi pula menulis lirik dan mengarang melodi. 

Projek lagu ini turut menggunakan khidmat jurutera adunan iaitu Martin Ankelius dan jurutera mastering, Bjorn Engelmann dari Cutting Room Sweden. Kedua-dua mereka telah bekerjasama dengan artis tersohor seperti The Backstreet Boys, Britney Spears, Westlife, Dr. Alban, Ace of Base dan ramai lagi.  

Jelas Sasi lagi, setiap orang mempunyai pengaruh untuk menyuntik inspirasi dalam membuktikan bahawa tidak ada suatu perkara pun yang mustahil. 

“Saya telah mengambil peluang ini untuk mencabar diri dan melakukan sesuatu. Sebetulnya, kita mampu mampu merealisasikan apa-apa pun sekiranya kita meletakkan rasa percaya pada diri sendiri. 

“Muzik adalah kuasa saya dan menggunakannya untuk mengubah rasa putus asa akibat pandemik ini untuk diri saya, keluarga dan ahli-ahli muzik yang berada di sekeliling saya,” katanya lagi. 

'Come Follow Me' adalah lagu tentang kebangkitan dan keberanian untuk bangkit melawan cabaran dan memberi inspirasi dengan kuasa dan tenaga dalam menghadapi kesukaran. 

Video ini menampilkan anak perempuan Sasi dan kawan-kawannya serta  ikon kegemaran Sasi, ‘The Big Bad Wolf’.  Sewaktu Malaysia dilanda banjir baru-baru ini,  BookXcess telah mengalami kerugian besar apabila berjuta-juta buku musnah dan rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi.  

Sebagai individu  yang mempunyai hubungan rapat dengan organisasi tersebut, Sasi berasakan amat penting untuk menampilkan  'Big Bad Wolf' sebagai simbol kebangkitan daripada abu. 

Apatah lagi, apabila memikirkan peranan ‘The Big Bad Wolf’ yang telah menyatukan rakyat Malaysia selama bertahun-tahun dengan berpegang kepada prinsip yang sama bahawa  mendapatkan pendidikan adalah satu hak dan bukan kemewahan. 

Ia satu kepercayaan yang dikongsi Sasi bahawa kita boleh mencapai apa sahaja dan kehidupan tidak berakhir apabila bencana melanda. 

'Come Follow Me' menampilkan Sasi The Don bersama penyanyi  Sherilyn Marissakee dari Malaysia dan Sofie Andren dari Sweden. Ia sebuah lagu yang catchy, mampu membuatkan kita berdansa dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. 

Lagu ini boleh didapati di semua platform penstriman muzik dan tayangan perdana di YouTube pula akan diadakan pada 11 Mac ini. 

Ia juga boleh didapati dalam dua versi adunan berbeza yang mana versi pertama menampilkan pemain biola Hungary, Helga Sedil dan versi kedua pula diadun Jusa, penerbit yang berpusat di United Kingdom. 

Sasi The Don turut menyelitkan hit antarabangsa beliau ‘Hold Up’ yang menampilkan Apache Indian dan sebuah lagu yang pernah dihasilkan sempena Hari Bapa, ‘Daddy Don’ tetapi dihasilkan dalam versi baharu iaitu bhangra, hasil adunan deejay dan penerbit tempatan, DJ Nick Dhillon sebagai trek bonus untuk mengiringi terbitan baharu ini. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Instagram Sasi The Don 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN