web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 4:23PM

Dr Zaliha Mustafa (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 pada pertengahan bulan hadapan susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memutuskan wabak itu bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global. 

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata penilaian itu bertujuan menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir pada 30 Jun itu, sebelum kerajaan menentukan hala tuju seterusnya melibatkan langkah perlindungan terkini mengenai COVID-19.

Beliau berkata walaupun WHO mengumumkan wabak itu bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa, KKM masih perlu mengambil kira faktor yang berlaku secara lokal di negara ini.

“Kita di peringkat jawatankuasa teknikal, telah memberi pandangan bahawa kita akan teruskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan kita masih kekalkan lagi kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir Jun ini.

“Kita nak tengok lagi perkembangan sebab ada lagi kes COVID-19 tetapi masih terkawal, segala pandangan (WHO) dan keadaan di negara ini pun kita kena lihat terlebih dahulu sebelum menerima pakai saranan WHO. Jadi, pertengahan Jun nanti kita akan buat penilaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Selatan di Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata KKM juga akan membuat semakan semula dan mengemaskini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada cadangan WHO berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik berkenaan.

Semalam, agensi berita asing melaporkan WHO pada Jumaat memutuskan COVID-19 tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas dunia dilanda pandemik itu sejak tiga tahun lepas.

Mengenai Kertas Putih Kesihatan, Dr Zaliha berkata ia akan menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing, selain mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.

Menurutnya Kertas Putih Kesihatan itu akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan bagi mendapatkan sokongan dwipartisan ahli Parlimen sebelum langkah pelaksanaannya dapat dijalankan.

Sementara itu, Dr Zaliha dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME 18/2023) iaitu dari 30 April hingga 6 Mei, meningkat 53.1 peratus daripada 4,963 kes pada minggu sebelumnya kepada 7,596 kes.

“Kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki) ke fasiliti kesihatan awam juga menunjukkan peningkatan daripada 5.8 peratus kepada 7.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 18/2023 berbanding ME 17/2023,” katanya sambil menambah keadaan jangkitan di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Politik 7 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad