web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aeril Zafrel Tak Pernah Terfikir Untuk Curang, Selalu Ingat Wajah Anak-Anak

Menurut Aeril, isterinya Wawa Zainal sudah cukup sempurna dan dia tidak mahu rosakkan apa yang dia telah miliki selama ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:15PM

Aeril Zafrel bersama isteri, Wawa Zainal dan dua anak mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Biarpun memiliki rupa paras yang kacak dan kaya, namun pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel tidak pernah terfikir untuk curang pada isterinya Wawa Zainal.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, beliau beruntung kerana memiliki isteri yang jelita seperti Wawa.

"Saya tak pernah pun ada niat untuk buat macam tu (curang). Tetapi kalau ada bisikan-bisikan jahat, saya selalu ingat anak-anak saya.

"Saya lebih fikirkan masa depan, tidak mahu rosakkan apa yang telah saya ada sekarang ini dengan kesilapan sendiri.

"Saya yakin Wawa juga tidak akan melakukan hal yang sama kerana dia seorang yang setia," katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Wawa Cosmetics.

Ditanya adakah mana-mana wanita yang pernah mencuba untuk mendekatinya, Aeril mengakui tidak tahu seandainya beliau diminati oleh sesiapa.

"Kita pun tak tahu kalau ada orang suka pada kita ataupun tidak. Tetapi kalau kita tak melayan, perkara tersebut (curang) tak akan terjadi," ujarnya.

Bercerita mengenai perniagaannya bersama Wawa menerusi jenama Wawa Cosmetics, kata Aeril, beliau bersyukur dengan perjalananan perniagaannya kerana di saat usahawan lain mengeluh dengan kemerosotan jualan, tetapi lain pula bagi Wawa Cosmetics.

"Alhamdulillah, untuk suku tahun pertama, prestasi syarikat kami lebih baik daripada tahun sebelumnya.

"Kalau dilihat melalui data, memang setiap tahun Wawa Cosmetics penunjukkan peningkatan dalam jualan.

"Dalam bidang perniagaan ini, kalau kita punya pasukan yang ramai dan fokus, insha-Allah kita boleh bertahan," kongsinya.

Dalam perkembagan lain, Wawa Cosmetics akan memperkenalkan wajah terbaharu kempen mereka tidak lama lagi, membabitkan nama besar dalam industri hiburan tanah air.

Terdahulu Wawa Cosmetics memilih Abby Abadi dan Umisya sebagai wajah kempen produk mereka. – Getaran, 8 Mei 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang