web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkok Kembali Kacau-Bilau, Penunjuk Perasaan Bertempur Dengan Polis

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:29AM

Penunjuk perasaan pro-demokrasi memanggil Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha untuk meletak jawatan berhubung pengurusan krisis COVID-19 oleh kerajaan Thailand. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Penunjuk perasaan yang menaiki kereta dan motosikal menyebabkan bandar raya Bangkok sekali lagi menjadi kacau-bilau sehingga mencetuskan pertempuran dengan pihak polis.

Rusuhan tercetus di persimpangan Ratchaprasong, dianjurkan oleh United Front of Thammasat and Demonstration.

Konvoi kereta dan motosikal melalui jalan-jalan di Bangkok sambil membunyikan hon dan berhenti di luar bangunan yang menempatkan anggota kabinet atau penyokong Perdana Menteri Prayuth Chan O-cha.

Penunjuk perasaan terus melaungkan tuntutan mereka agar Prayuth meletak jawatan.

Segelintir penunjuk perasaan berang apabila anggota polis menyekat laluan ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Vibhavadi Rangsit berhampiran persimpangan Din Daeng, lokasi sama peserta protes bertempur dengan polis pada Sabtu.

Polis kemudian melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Kira-kira 5 petang (waktu tempatan), pemimpin protes Panusaya Sitthijirawatanakul melalui media sosial menggesa penunjuk perasaan beredar tetapi pertempuran tetap berterusan di Persimpangan Din Daeng.

Pada 8 malam (waktu tempatan), penunjuk perasaan menolak enggan beredar dan bertindak  membakar pos polis di Persimpangan Din Daeng dan Monumen Kemenangan.

Semalam juga menandakan ulang tahun Panusaya membacakan manifestonya, sesuatu yang dianggap tabu di Thailand.

Sementara itu, media tempatan melaporkan polis telah menahan semula sekurang-kurangnya 10 pemimpin tunjuk perasaan termasuk Jatupat Boonpathararaksa, Parit Chiwarak dan Panupong Jadnok.

Mereka pernah ditahan sebelum ini dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada Apri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad