web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perang AS-Israel Terhadap Iran Akan 'Berakhir Tidak Lama Lagi' - Trump

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 9:28AM

Donald Trump - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Jumaat memberi bayangan bahawa perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran dijangka akan berakhir dalam masa terdekat, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami telah menghentikan mereka. Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear buat selama-lamanya. Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Dan kami akan menamatkan perkara itu tidak lama lagi. la akan berakhir tidak lama lagi," kata presiden AS itu kepada para penyokongnya di negeri New York.

"Anda akan menyaksikan angka yang belum pernah dilihat sebelum ini, termasuk dari segi pertumbuhan dan penurunan kos. Harga kereta juga dijangka turun," katanya.

Terdahulu pada Jumaat, agensi berita Iran melaporkan bahawa satu delegasi Qatar sedang mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Tehran dalam usaha menamatkan perang itu menerusi pengantaraan Pakistan.

Laporan itu muncul selepas ketua tentera Pakistan, Fil Marsyal Asim Munir tiba di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha pengantaraan berterusan Islamabad untuk menamatkan perang itu. la merupakan lawatan kedua Munir ke Tehran bagi tujuan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsin Naqvi pula berada di Tehran sejak dua hari lalu sebagai sebahagian daripada rundingan tidak langsung antara AS dan Iran.

Aktiviti diplomatik yang rancak itu berlaku ketika laporan menyebut para perunding semakin menghampiri persetujuan untuk menamatkan perang berkenaan.

Islamabad turut mempergiat proses pengantaraannya bagi memastikan pusingan kedua rundingan langsung antara kedua-dua pihak dapat diadakan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

oleh Sophia Ahmad