web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lubnan Mohon Sokongan Arab, Antarabangsa Dalam Rundingan 'Sukar" Dengan Israel

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 8:46AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam pada Jumaat memohon sokongan Arab dan antarabangsa terhadap negaranya dalam rundingan "sukar" dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita negara NNA.

Kenyataan Salam dibuat ketika majlis anjuran Persatuan Al-Maqasid bagi menghargai bekas presidennya, Faisal Sinno.

"Kita tiada jalan keluar daripada kemelut ini kecuali dengan berani berdepan seluruh kebenaran sepahit mana sekalipun supaya bersama-sama, tanpa pengecualian atau paksaan, kita dapat memperkukuh struktur dalaman dan mengukuhkan institusi kita,” kata Salam. 

Beliau mencadangkan usaha "menggembleng semua sokongan Arab dan antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan Lubnan dalam rundingan sukar yang bermula semalam dengan Israel.

Kenyataan Salam dibuat serentak dengan pengumuman Amerika Syarikat bahawa gencatan senjata antara Israel dan Lubnan akan dilanjutkan selama 45 hari susulan rundingan antara kedua-dua pihak yang disifatkan Washington sebagai "amat produktif".

Salam berkata beliau akan membawa perkara itu ke forum antarabangsa bagi memohon "penghantaran misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengumpul bukti dan menyiasat jenayah yang dilakukan Israel".

"Negara kita sedang melalui krisis paling berbahaya sejak penubuhan negara Lubnan.

"Selama bertahun-tahun, negara ini dilayan seperti harta rampasan perang, bukan sebagai kerangka yang menyatukan seluruh rakyat Lubnan."

"Sebarang usaha sebenar untuk menyelamatkan Lubnan hari ini mustahil tanpa kembali kepada logik negara yang jelas," kata Salam.

Sejak 2 Mac, serangan Israel terhadap Lubnan mengorbankan lebih 2,950 orang, mencederakan hampir 9,000 lagi dan menyebabkan lebih 1.6 juta penduduk hilang tempat tinggal — kira-kira satu perlima daripada jumlah penduduk negara itu, menurut pegawai Lubnan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 6 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar