web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pejabat Pendakwa Rom Siasat Penahanan 2 Aktivis Semasa Flotila Bantuan Gaza Dipintas Israel

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2026 12:01PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Pejabat Pendakwa Rom mengumumkan pada Isnin bahawa satu siasatan telah dibuka berhubung penahanan dua aktivis semasa flotila bantuan Gaza dipintas Israel di perairan antarabangsa berhampiran Greece, lapor Anadolu Ajansi.

Siasatan itu melibatkan operasi yang dijalankan pada malam 29 April di luar pantai Pulau Crete, Greece, di mana tentera Israel memintas beberapa buah bot dalam Flotila Sumud Global yang cuba membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, menurut agensi berita Itali, ANSA.

Pihak berkuasa Israel menyatakan seramai 175 aktivis telah dibawa keluar dari kapal-kapal berkenaan. 

Sebahagian besar daripada mereka kemudiannya dibebaskan, termasuk 24 warga Itali.

Bagaimanapun, dua aktivis iaitu warga Sepanyol, Saif Abu Keshek dan warga Brazil, Thiago Avila, telah ditangkap dan dibawa ke Bandar Ashkelon, Israel.

Pendakwa melancarkan siasatan selepas menerima tiga aduan rasmi, termasuk dua berkaitan Avila dan Abu Keshek, yang dilaporkan diambil dari kapal berbendera Itali dan masih berada dalam tahanan.

Menurut laporan itu, kes berkenaan juga menyasarkan individu yang tidak dikenali atas syak wasangka melakukan penculikan, rompakan, dan menyebabkan kerosakan yang berisiko mengakibatkan kapal karam.

Penyiasat dijangka mengemukakan permohonan kerjasama kehakiman antarabangsa, yang dikenali sebagai "letter rogatory", kepada pihak berkuasa Israel sebagai sebahagian daripada siasatan itu.

Pendakwa Rom sebelum ini sudah pun meneliti kes berasingan yang dikaitkan dengan misi Global Sumud Flotilla tahun lepas, melibatkan dakwaan kesalahan termasuk penyeksaan.

Flotila Sumud Global dipintas berhampiran Crete, kira-kira 600 batu nautika dari destinasinya di enklaf Gaza yang disekat dan dikepung.

Kumpulan kapal pertama flotila itu yang membawa bantuan kemanusiaan bertolak dari Barcelona pada 12 April, manakala armada utama belayar dari Pulau Sicily, Itali pada 26 April dengan matlamat untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza yang telah berlarutan selama bertahun-tahun.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007, menyebabkan 2.4 juta penduduk wilayah itu berada di ambang kebuluran.

Rejim itu melancarkan serangan kejam selama dua tahun ke atas Gaza pada Oktober 2023, yang mengorbankan lebih 72,000 orang, mencederakan lebih 172,000 yang lain, serta mengakibatkan kemusnahan besar-besaran di seluruh wilayah yang terkepung itu. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad