web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:27AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April.

Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer menampilkan 20 perarakan besar dan lebih 1,000 penghibur yang berkampung di tengah-tengah Bangkok.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, perarakan mewah itu jarang diperlihatkan di Bangkok.

Beliau berkata, ia meraikan tradisi 'Songkran di Thailand, festival Tahun Baharu Thailand tradisional' yang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.

"Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada meraikan kepercayaan tradisional dan tradisi tempatan yang membezakan Songkran di Thailand daripada semua negara lain," katanya pada penganjuran festival itu di sini, semalam.

Beliau menambah bahawa terdapat 16 wilayah yang mempamerkan tradisi Songkran mereka yang unik.

Hari ini (12 April), adalah cuti umum tambahan yang diumumkan oleh kerajaan Thailand dan 16 April adalah satu lagi cuti umum sebagai ganti 13 April yang jatuh pada hari Sabtu.

Songkran sering diraikan dengan perjumpaan keluarga, memberi penghormatan kepada orang tua, nenek moyang dan imej Buddha suci. Festival ini terkenal dengan aktiviti melontar air yang menggembirakan, perarakan yang meriah dan paparan berwarna-warni. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bangkok Juga Sesuai Untuk Percutian Keluarga

3

TARA 3 tahun yang lalu

Berjanji Dengan Saya, Anda Semua Akan Jadi Sahabat Saya – Antara Interaksi Conan Gray Dengan Peminat Di Bangkok 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kalau Ke Chiang Mai, 2 Hotel Di Kawasan Bazar Malam Ini, Wajib Untuk Anda Cuba  

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad