Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berjanji Dengan Saya, Anda Semua Akan Jadi Sahabat Saya – Antara Interaksi Conan Gray Dengan Peminat Di Bangkok 

Penyanyi dan penulis lagu yang dilabel sebagai Superstar Gen Z Sedunia itu berada di Bangkok, Thailand demi menjayakan siri konsert jelajah Superache di Asia  sempena pelancaran album keduanya dengan tajuk yang sama. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 7:00PM

Conan Gray - Gambar Universal Music Malaysia

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seawal jam 6 petang, ruang legar di perkarangan Impact Exhibition Hall 5, Bangkok telah pun dipenuhi dengan remaja belasan tahun yang kelihatan cukup ghairah dan teruja untuk menyaksikan konsert Conan Gray. 

Penyanyi dan penulis lagu yang dilabel sebagai Superstar Gen Z Sedunia itu berada di Bangkok, Thailand demi menjayakan siri konsert jelajah Superache di Asia  sempena pelancaran album keduanya dengan tajuk yang sama. 

Seperti dijangka, Conan tetap memilih fesyen ala vintaj dalam persembahannya. - Gambar Ellyna Ali
Seperti dijangka, Conan tetap memilih fesyen ala vintaj dalam persembahannya. - Gambar Ellyna Ali

Seperti mana Conan Gray yang gemar mengenakan fesyen vintaj yang berinspirasikan karya-karya Shakespeare seperti Romeo & Juliet serta A Midsummer Night’s Dream, ia turut mengajak kelompok peminat remaja belasan tahunnya untuk mengenakan stail yang sama. 

Melihat remaja belasan tahun ini berpakaian seolah-olah seperti melihat sebuah acara himpunan fesyen vintaj di ruang legar di dalam perkarangan Impact Exhibition Hall 5 tersebut. Cukup menarik sekali.

Ada yang tidak berpakaian seperti ala Shakespeare pun, akan tetapi mereka tetapi berusaha untuk mengenakan fesyen mode vintaj untuk tampil bergaya. 

Dalam kalangan mereka ini, ada yang menetap di kawasan Bangkok, namun tidak kurang juga yang sanggup datang jauh dari daerah-daerah lain seperti Haatyai dan Chiang Mai untuk menyaksikan superstar idola mereka itu beraksi. 

Seorang peminat yang menamakan dirinya Mai memberitahu, dia sampai seawal jam 2 petang dari Chiang Mai tanpa ditemani sesiapa. 

Gambar oleh Ellyna Ali
Gambar oleh Ellyna Ali

“Saya tiba di Bangkok seawal jam 2 petang dan hanya datang seorang diri. Saya sangat meminati Conan Gray dan lagu-lagunya.

“Saya tidak tahu bila lagi Conan Gray akan datang ke sini dan dan kerana itu saya tidak mahu lepaskan peluang untuk menyaksikan konsertnya,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sederhana. 

Bahkan, usah terkejut apabila konsert ini juga turut  dihadiri peminat-peminat dari beberapa negara Asia Tenggara yang lain termasuk Malaysia. 

Sebaik sahaja pintu dibuka pada jam 7.30 petang, peminat-peminat belasan tahun ini mula masuk di dalam dewan konsert dengan beratur mengikut laluan sistematik yang ditetapkan. 

Sementara menunggu Conan Gray muncul di pentas, remaja belasan tahun yang kebanyakannya datang secara berkumpulan bersama rakan-rakan mereka sibuk berbual. Ada juga yang ditemani salah seorang ibu mereka tanpa pengetahuan mereka sendiri. 

“Eh, saya ternampak ibu kamu. Kata seorang remaja lelaki menunjukkan kelibat seorang wanita kepada salah seorang rakan perempuannya. Dan, rakan perempuannya itu kemudian mengeluh. 

Apabila lampu pentas mula dipasang, peminat-peminat Conan Gray ini mula bersorak dan sorakan mereka semakin hebat apabila melihat sorotan cahaya spotlight tertumpu kepada figura yang mereka nanti-nantikan. 

Conan cukup stylo mengenakan vest dan celana velvet baldu. - Gambar oleh Ellyna Ali
Conan cukup stylo mengenakan vest dan celana velvet baldu. - Gambar oleh Ellyna Ali

Dengan mengenakan vest dan celana velvet baldu, Conan Gray yang diiringi sekumpulan ahli band perempuan memulakan konsertnya dengan membawakan lagu 'Disaster' yang dimuatkan dalam album Superache sebelum beralih kepada lagu, 'Telepath' dan 'Fight Of Flight'. 

Telepath adalah satu-satunya single yang berdiri sendiri yang dilancarkan sebelum album Superache berada di pasaran, namun ia tidak dimuatkan di dalam album tersebut. 

“Terima kasih kerana menerima kehadiran saya di sini. Saya menyukai Bangkok dan saya menyayangi anda semua. Seperti mana yang anda tahu, saya baru sahaja melancarkan album Superache. Ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup saya tentang keluarga, erti persahabatan dan cinta. 

“Ia lebih menyedihkan. Saya tahu tapi itulah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua dan berharap anda dapat merasainya dan menjadi sebahagian daripada apa yang saya kongsikan,” katanya. 

Conan kemudian menyampaikan lagi beberapa lagu dalam album 'Superache' iaitu 'The Exit' dan 'Astronomy' sebelum membawa peminatnya kembali kepada lagu , Wish You Were yang dimuatkan di dalam album pertamanya, Kid Krow. 

Setiap lagu yang dipersembahkan Conan pasti mendapat sorakan paling gamat peminat. - Gambar oleh Ellyna Ali
Setiap lagu yang dipersembahkan Conan pasti mendapat sorakan paling gamat peminat. - Gambar oleh Ellyna Ali

“Adakah anda mempunyai sahabat baik. Cuba dilihat di kiri kanan anda. Anda haru hargai mereka yang menjadi sahabat baik anda dan berikan mereka pelukan dan saya juga mahu anda semua menjadi sahabat saya. Berjanji dengan saya,” katanya sambil memberikan pinky swear. 

Ia disambut dengan sorakan dan peminat terus mengikuti nyanyiannya apabila Conan membawakan lagu 'Footnote', 'Movies', 'Overdrive', 'Checkmate', 'Jigsaw' dan 'Family Line' yang merupakan lagu yang mempunyai kaitan dengan sejarah keluarganya. 

Penyanyi dan pencipta lagu yang diminati Sir Elton John, Taylor Swift dan Lorde ini gemar sekali berdiri dalam keadaan menonggek sambil tangan sebelah kiranya mencekak di pinggang dan tangan kanan di angkat ke atas.

 Dia sentiasa berbuat demikian sewaku beraksi dan selepas selesai membawakan setiap lagu. Itulah style yang sudah menjadi signature miliknya yang cukup terserlah. 

Conan turut membawakan lagu hits miliknya 'Heather' dan 'Maniac' sebelum diakhiri dengan 'Memories'. - Gambar oleh Ellyna Ali
Conan turut membawakan lagu hits miliknya 'Heather' dan 'Maniac' sebelum diakhiri dengan 'Memories'. - Gambar oleh Ellyna Ali

Conan kemudian menyempurnakan konsert 'Superache' di Bangkok itu dengan lagu hits miliknya yang dinanti-nantikan iaitu 'Heather' dan 'Maniac' sebelum diakhiri dengan 'Memories' sebagai lagu encore

Ia membuatkan peminatnya terus tidak dapat duduk diam  dan walaupun konsertnya itu berlangsung hanya dalam tempoh dua jam, namun rata-rata mereka puas. 

Sepertimana kata lima peminat dari Malaysia yang seronok menyaksikan konsert tersebut: “Conan Gray memang best!”  - Getaran, 1 April 2023



 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM