Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bangkok Juga Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Bangkok menjanjikan seribu keseronokan melalui tarikan dan pengalaman budaya yang pelbagai, makanan yang memikat selera, serta tawaran beli-belah yang pelbagai.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:42AM

Bangkom menawarkan pelbagai keseronokan untuk percutian keluarga - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan musim cuti sekolah yang sudah hampir tiba, pasti ada ibu bapa yang mencari destinasi percutian terbaik untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama anak-anak. 

Ketika membuat perancangan inilah ramai yang dilanda dilema, sama ada mahu mendahulukan kemahuan golongan dewasa atau keinginan anak-anak. Jangan peningkan kepala, untuk cuti sekolah kali ini, apa kata anda tempah tiket penerbangan ke Bangkok. 

Kota yang menjanjikan seribu keseronokan ini dapat memenuhi keperluan keluarga melalui tarikan dan pengalaman budaya yang pelbagai, makanan yang memikat selera, serta tawaran membeli-belah yang pelbagai. Ini bermakna, selain dapat menggembirakan anak-anak, ibu bapa juga dapat menikmati percutian yang diidamkan. 

Bagi memastikan percutian keluarga yang lancar dan menyeronokkan di Bangkok, persiapan yang teliti dan minda yang positif merupakan kunci kejayaannya. Perlu diingat, Bangkok berada dalam musim hujan pada Ogos dan September, jadi pelancong dinasihatkan agar membawa pakaian ringan, payung serta kasut kalis air atau selipar. 

Selain itu, jangan lupa juga membawa pakaian sopan kerana anda tidak boleh memakai pakaian yang terdedah atau mencolok mata ketika melawat tarikan berkaitan keagamaan seperti Grand Palace dan Wat Arun. 

Anda perlu berpakaian sopan jika mengunjungi Grand Palace dan Wat Arun - gambar Unsplash
Anda perlu berpakaian sopan jika mengunjungi Grand Palace dan Wat Arun - gambar Unsplash

Dek kerana terdapat kekangan cuasa untuk melakukan aktiviti luar, pertimbangkanlah aktiviti atau tarikan dalaman untuk menjadikan percutian keluarga anda diisi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. 

Jangan tak tahu, pusat membeli-belah yang ada di kota Bangkok menawarkan pengalaman yang tiada tandingan dan kebanyakannya boleh diakses melalui BTS Skytrain. Siam Paragon misalnya merupakan antara destinasi beli-belah utama di Thailand, dan ia merupakan tempat yang harus dikunjungi bersama keluarga. 

Terletak di stesen BTS Siam, Siam Paragon menampilkan Sea Life Bangkok Ocean World, sebuah akuarium dalaman gergasi yang membolehkan kanak-kanak mengagumi keajaiban hidupan marin. 

Sea Life Bangkok Ocean World adalah tarikan yang akan membuatkan anak-anak, malah anda sendiri bakal terpesona dengan spesis lautan yang dipamerkan mengikut kedalaman laut. 

Semakin dalam pengembaraan anda, semakin banyak hidupan yang jarang dilihat seperti Ketam Spider Gergasi, Giant Octopus Pasifik, ikan gergaji dan lebih 500 spesis ikan pari.

Sea Life Bangkok menyajikan pelbagai hidupan marin yang jarang dilihat
Sea Life Bangkok menyajikan pelbagai hidupan marin yang jarang dilihat

Cabar juga diri dan anak-anak dengan melakukan ‘Shark Walk’, yang memberi peluang kepada pelawat untuk melalui laluan bercermin yang memisahkan anda dengan lima jenis jerung yang terletak di dalam tangki akuarium di bawah kaki anda. Selain itu anda juga boleh merasakan ledakan adrenalin yang luar biasa seandainya mengambil pakej VIP, menyelam bersama jerung! Inilah masanya untuk anda mendekatkan diri dengan spesis yang sering difilemkan ini. 

Harga tiket masuk ke Sea Life Bangkok Ocean World adalah berbeza mengikut tarikh jika ditempah secara dalam talian. Jadi boleh buat rujukan di sini https://www.visitsealife.com/bangkok/en/tickets/?

Selepas puas mengembara, bolehlah panjangkan langkah ke Gourmet Eats untuk menjamu selera. Terletak di tingkat atas pusat membeli-belah ini, Gourment Eats menawarkan pengalaman makanan jalanan Bangkok yang menarik dalam persekitaran berhawa dingin. 

Aras tiga Siam Paragon pula merupakan syurga buat kanak-kanak dan ibu, menawarkan permainan pada harga yang amat berpatutan serta peralatan berkualiti tinggi.

Buat keluarga yang mencari pengalaman luar biasa, pusat beli-belah Emporium dan EmQuartier, yang boleh diakses di stesen Prompong BTS merupakan pilihan terbaik. Pusat beli-belah ini menyepadukan ruang hijau ke dalam reka bentuk unik mereka dan menempatkan pelbagai jenama mewah. 

Kosmetik, wangian, pakaian dan produk isi rumah yang dipilih disusun dengan teliti di dewan yang indah di tingkat G, menawarkan pengalaman serba mewah buat kaum ibu. 

EmQuartier, terletak hanya di seberang jalan, menawarkan aktiviti mengujakan buat kanak-kanak, termasuk Bounce, stadium lompat dan EmJoy, yang menampilkan Bunjee, pengalaman terbang yang unik sambil turut memberi manfaat kepada postur dan penjajaran tulang. 

Berikut adalah tarikan dalam lain yang boleh anda kunjungi:

1) EasyKart Bangkok 

Gambar easykart.net
Gambar easykart.net

Satu lagi aktiviti dalaman yang menjanjikan keseronokan ialah berlumba di trek bersama rakan, keluarga dan orang tersayang anda di EasyKart Bangkok. Pengalaman ini terbuka untuk semua peringkat umur, jadi jangan bimbang jika anda bercadang untuk membawa anak-anak untuk turut serta. 

2) Total VR Bangkok

Gambar Facebook
Gambar Facebook

Pengalaman permainan VR ini bermula sebaik sahaja anda memilih jumlah masa yang ingin diluangkan untuk bermain berbilang permainan seperti Private Property, Ohshapee, Baam Squad, Five Nights at Freddy’s, dan Rick and Morty. Jika anda baru mencuba, anda boleh mencuba permainan seperti Paper Fire Rookie Arcade, Thundergod, Boneworks dan Crisis Vrigade. 

3) Pusat Beli-belah Terminal 21

Gambar hotels.com
Gambar hotels.com

Di Terminal 21, membeli-belah hanyalah sebahagian kecil daripada pengalaman. Pusat beli-belah ini membawa konsep 'satu tingkat, satu bandar' yang membolehkan pengunjung mengembara ke seluruh dunia hanya dengan menggunakan eskalator. 

Jalan-jalan di Paris, melalui jalan-jalan yang dihiasi dengan tanglung di kota Tokyo dan melihat Jambatan Golden Gate San Francisco yang menjulang tinggi semuanya boleh dilakukan di sini. Bahkan anda juga boleh singgah sebentar ke London, Istanbul dan Rom. 

4) Manjakan diri di spa

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Apalah ertinya percutian ke Bangkok jika tidak memanjakan diri ke spa. Terlalu banyak pilihan jika mahu disenaraikan. Daripada yang ‘biasa-biasa’, hingga ke tempat yang paling mewah, bandar ini mempunyai segala-galanya. 

Jika anda mencari sesuatu yang lebih mewah, bolehlah memilih untuk melawat AWAY Spa atau Banyan Tree Spa. Di sini pengunjung akan mendapat layanan VIP di bilik rawatan moden dan tukang urut yang paling profesional. 

Jika anda seorang pengembara yang berani mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan, bolehlah menerokai jalanan dan anda pasti akan terjumpa dengan spa atau pusat rawatan yang menawarkan servis urutan yang tidak akan merugikan wang. Namun, perlu diingatkan buat rujukan secara dalam talian supaya tak tersalah ‘pintu’. - Getaran, 23 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

2

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM