web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalau Ke Chiang Mai, 2 Hotel Di Kawasan Bazar Malam Ini, Wajib Untuk Anda Cuba  

Hotel berdekatan bazar malam ini bukan sahaja pilihan ideal untuk ‘kaki shopping’, tetapi terbaik untuk mencari makanan halal. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 12:00PM

Movenpick, Chiang Mai Thailand - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Thailand sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Segalanya ada di sana. Landskap alamnya yang indah, memukau setiap mata yang memandang. Begitu juga dengan masakannya. Lazat dan ‘serasi’ dengan lidah rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas. 

Dek kerana itulah, apabila Thailand mula menghapuskan sekatan perjalanan dan membuka pintu sempadan, ramai rakyat Malaysia yang tidak membuang masa terbang ke negara gajah putih itu. 

Bazar Malam, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN
Bazar Malam, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN

Hatyai, Phuket dan Bangkok antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Menginjak ke penghujung tahun, sudah ada yang mula mengintai Chiang Mai yang terletak di sebelah utara Thailand. Ini kerana November hingga Februari merupakan musim sejuk di bandar yang dikenali sebagai ‘rose of the north’. 

Jika anda pencinta keindahan alam semulajadi dan gemar melawat warisan budaya, Chiang Mai adalah tempatnya. Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya lima hari agar berpeluang melawat tarikan mesti singgah.

Bazar malam berhadapan dusitD2, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN
Bazar malam berhadapan dusitD2, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN

Bagi yang sudah punya tiket di tangan, tetapi masih belum menempah hotel atau penginapan, di sini GETARAN sarankan dua hotel untuk mereka yang gemar membeli-belah setiap kali bercuti. Percayalah anda akan tersenyum puas kerana harga barangan di sini lebih murah berbanding di Phuket atau Bangkok. Kedua-dua hotel berada di kawasan bazar malam.

1) dusitD2 Chiang Mai

Suasana lobi di dusitD2, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN
Suasana lobi di dusitD2, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN

Jika anda gemar membeli-belah, dusitD2 Chiang Mai adalah pilihan yang bijak. Terletak di kawasan ‘bazar malam’, hotel ini menjanjikan pengalaman membeli-belah bukan kepalang. 

Dari hotel anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit untuk sampai ke kawasan ‘bazar malam’ yang menjadi tumpuan ramai pada setiap hari bermula jam lima petang sehingga ke lewat malam.

Halal Street Hilal Town, Chiang Mai - Gambar Rahayu MN
Halal Street Hilal Town, Chiang Mai - Gambar Rahayu MN

Bagi yang beragama Islam, penginapan anda pasti menjadi lebih menyenangkan kerana ia juga berhampiran dengan Halal Street Hilal Town yang menyediakan pilihan makanan muslim Thai dan Cina. Hanya perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit.

Bercerita tentang fasiliti hotel, ia menawarkan 130 buah bilik dengan empat jenis pilihan iaitu deluxe room, club deluxe room, studio suite dan d’suite yang dilengkapi segala kemudahan yang diperlukan untuk sebuah penginapan selesa. 

Studio Suite di dusitD2 Chiang Mai. - Gambar Rahayu MN
Studio Suite di dusitD2 Chiang Mai. - Gambar Rahayu MN

Tampil dengan rekaan dalaman yang moden kontemporari, percutian di sini terasa lebih menyenangkan, sesuai dengan statusnya sebagai salah sebuah hotel kelas perniagaan. Satu perkara anda perlu tahu, layanan atau servis yang diberikan cukup memuaskan. Setiap permintaan akan dilayan dengan sebaiknya dan diselesaikan dengan pantas. 

Menu mesra muslim di dusitD2, Chiang Mai. - Gambar Rahayu MN
Menu mesra muslim di dusitD2, Chiang Mai. - Gambar Rahayu MN

Satu lagi fakta yang anda harus tahu ialah, walaupun dapur hotel ini tidak berstatus halal, anda boleh membuat permintaan kepada pihak hotel untuk menyediakan makanan ‘vegetarian’ seandainya anda terlalu letih untuk menjamu selera di luar. Namun, anda perlu buat permintaan awal.

Sejadah turut disediakan buat pelancong Islam. - Gambar oleh Rahayu MN
Sejadah turut disediakan buat pelancong Islam. - Gambar oleh Rahayu MN

Selain itu, jangan lupa untuk gunakan kemudahan lain seperti kolam renang, pusat kecergasan dan tidak ketinggalan Devarana Spa untuk memanjakan diri. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang hotel di sini

2) Mövenpick Suriwongse Chiang Mai

Bilik berkembar di Movenpick, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN
Bilik berkembar di Movenpick, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN

Pilihan yang satu ini juga terletak di kawasan bazar malam, hanya di belakang kafe popular Starbucks. Hotel ini lima bintang ini menjanjikan keselesaan memandangkan ia mendukung servis yang dipraktiskan oleh rangkaian hotel Mövenpick di seluruh dunia. Namun, perlu diingatkan bahawa ia adalah sebuah hotel lama yang masih mengguna pakai perabot-perabot lama.

Movenpick, Chiang Mai - Gambaroleh Rahayu MN
Movenpick, Chiang Mai - Gambaroleh Rahayu MN

Terdapat 10  jenis bilik yang tersedia seperti Deluxe King, Deluxe Twin, Superior King, Classic King, Family Suite dan Junior Suite.  

Ini bermakna, sama ada anda mengimpikan percutian bulan madu mahupun percutian bersama keluarga, Mövenpick Suriwongse Chiang Mai mampu memenuhi keperluan anda. Lebih-lebih lagi setiap bilik punya keluasan yang luar biasa berbanding bilik-bilik hotel yang lain. Bolehlah shop till you drop kerana ada banyak ruang untuk anda menyimpan setiap barangan yang dibeli. 

Pemandangan lobi di Movenpick, Chiang Mai yang menyenangkan. - Gambar oleh Rahayu MN
Pemandangan lobi di Movenpick, Chiang Mai yang menyenangkan. - Gambar oleh Rahayu MN

Selain itu, ia juga memudahkan umat Islam untuk mendirikan solat. Guna sahaja sudut yang ada tanpa perlu mengalihkan perabot sedia ada. Andai kata mahu bermalas-malasan di bilik pun tidaklah terasa terkurung. Maklumlah, pasti ada hari tertentu yang kita hanya mahu berehat sebelum meneruskan pengembaraan. 

‘Chocolate hour’ yang menjadi signature rangkaian hotel Mövenpick. - Gambar Rahayu MN
‘Chocolate hour’ yang menjadi signature rangkaian hotel Mövenpick. - Gambar Rahayu MN

Alang-alang berehat di hotel, jangan lepaskan peluang menikmati coklat sepuas-puasnya di lounge berhampiran lobi hotel. ‘Chocolate hour’ yang menjadi signature rangkaian hotel Mövenpick ini membolehkan anda menikmati kemanisan dan kelazatan pelbagai jenis coklat selama 60 minit dari jam 3 hingga 5 petang pada setiap hari.

It’s a perfect way to release your stress. Coklatkan merangsang emosi gembira.

Kolam renang di Movenpick, Chiang Mai.  - Gambar oleh Rahayu MN
Kolam renang di Movenpick, Chiang Mai. - Gambar oleh Rahayu MN

Pada sebelah malam bolehlah luangkan masa di Le Bistrot & Le Terrace untuk berhibur dengan menyaksikan persembahan ‘live band’ sambil menikmati minuman dan manisan menyegarkan. Boleh juga pesan beberapa menu ringan yang ‘mesra muslim’. 

Layari laman sesawang hotel ini di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 13 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bangkok Juga Sesuai Untuk Percutian Keluarga

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Makanan Tidak Selamat, 14 Premis Makanan Di Bazar Ramadan Diarah Tutup 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Aidilfitri: Elak Pembelian Panik, Bekalan Makanan Mencukupi - Salahuddin Ayub

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh