web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Islam, Arab Puji Keputusan ICJ Supaya Israel Buka Sekatan Ke Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:52PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Negara dan organisasi Arab dan Islam memuji perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kepada Israel supaya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dalam kepungan tenteranya, menurut Agensi Anadolu (AA).

Arab Saudi berkata, arahan terbaharu daripada mahkamah teratas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu pada Khamis sebagai dialu-alukan, dengan Kementerian Luarnya mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian Riyadh 'yang menyokong kesemua usaha untuk menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza'.

la juga mengulangi gesaannya supaya 'masyarakat antarabangsa mengambil langkah tambahan untuk menghentikan Israel daripada melanggar undang-undang antarabangsa dan melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan yang mengarahkan satu gencatan senjata'.

Kementerian Luar Kuwait juga memuji perintah ICJ, dan menekankan dalam satu kenyataan 'kepentingan kesemua masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan ke atas tentera Israel bagi memastikan pematuhan terhadap perintah mahkamah dan resolusi PBB dan memudah cara kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke Gaza'.

Kementerian Luar Lubnan juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk 'bertindak segera menghentikan konflik di Semenanjung Gaza serta pelanggaran undang-undang kemanusiaan oleh Israel dan untuk melaksanakan Resolusi 2728 Majlis Keselamatan'.

Satu kenyataan daripada Liga Dunia Muslim pula memuji keputusan ICJ, mengetengahkan 'keperluan kepada langkah untuk mengurangkan penderitaan orang awam di Gaza daripada malapetaka itu'.

Liga itu juga menekankan 'kepentingan setiap usaha untuk menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, mematuhi kepada resolusi antarabangsa yang sah dan merumuskan konflik yang membawa kebinasaan ini telah membawa kepada pembunuhan dan kemusnahan yang meluas'.

Israel melancarkan serangan ketenteraan ke atas Gaza sejak Oktober lalu dan mengakibatkan kematian lebih 32,600 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sementara lebih daripada 75,000 individu cedera, selain daripada kemusnahan penempatan dan kekurangan barangan keperluan asas.

ICJ pada Khamis mengeluarkan perintah mahkamah kepada Israel supaya bertindak tanpa berlengah-lengah untuk menjamin pembekalan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, air, bahan api dan bekalan ubat-ubatan tanpa halangan.

Mahkamah Dunia itu mendapati warga Palestin di Gaza bukannya berada dalam risiko kebuluran tetapi mereka sudah mula mengalaminya. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad