web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Mahu Beri Nafas Baru Selaku Pengerusi Forum Diterajui ASEAN Pada 2025 - PM

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 8:11PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CANBERRA - Sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan berusaha untuk memberi nafas baharu kepada forum diterajui ASEAN bagi mencapai hasil yang diharapkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Malaysia forum tersebut termasuklah Sidang Kemuncak Asia Timur, Forum Serantau ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Plus.

"Laluan yang menanti di hadapan bukan suatu yang mudah. Malang sekali terdapat keadaan yang sukar untuk berubah, dan fahaman konservatif yang berakar umbi, andaian bahawa tidak banyak lagi yang boleh dilakukan.

"Tetapi sekarang bukanlah masa untuk menjadi pengecut. Saya percaya dengan keazaman tinggi dan sokongan daripada rakan-rakan kita, kita akan dapat mencapai hasil yang diharapkan," kata beliau semasa syarahan umumnya pada program 2024 Gareth Evans Oration bertajuk 'Navigating Geopolitical Currents: Malaysia and Australia's pivotal role in Asia Pacific' di Australian National University (ANU), di sini, hari ini, yang dihadiri lebih 500 pelajar.

Menurut Anwar, sudah pasti akan timbul rasa sinis mengenai nilai ASEAN dalam rantau yang banyak perbezaan ini, tetapi ketika jurang semakin meningkat dunia perlu mengukuhkan komitmen kepada ASEAN.

"Tanpanya, rantau ini pada dasarnya akan ditentukan oleh perkiraan kuasa-kuasa besar, tanpa mengambil kira pelbagai kepentingan dan pandangan yang lebih pelbagai," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, bagi Malaysia, ASEAN berfungsi sebagai pengganda, platform yang amat diperlukan bagi negara-negara Asia Tenggara bagi tindakan bersama.

"Tidak relevan, kemerosotan atau berpaling arah bukan pilihan yang boleh diterima. Kemajuan ASEAN adalah teras kepentingan strategik kami," kata beliau.

Sementara itu, dari segi usaha mengurangkan jejak karbon, Anwar berkata, Australia, Malaysia dan negara-negara ASEAN mesti merancang secara strategik untuk menyesuaikan diri dengan peningkatan paras laut, gelombang haba dan kitaran air yang terganggu, untuk meningkatkan daya tahan iklim sambil melindungi pelaburan dalam peralihan karbon rendah.

"Sekarang, memandangkan pengurangan pelepasan karbon adalah mengikut pandangan yang berbeza, perancangan untuk menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim adalah penting," kata beliau.

Anwar berkata, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dan gas, komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih seawal 2050 dan memenuhi komitmennya kepada Perjanjian Paris, walaupun negara menyumbang kurang daripada satu peratus kepada pelepasan gas rumah hijau global.

"Kami telah menetapkan sasaran untuk menyokong peralihan tenaga, termasuk 70 peratus bahagian kapasiti elektrik tenaga boleh baharu menjelang 2050, peningkatan ketara daripada paras semasa iaitu 25 peratus," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad