web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Gaza Imbau 'Malam Penuh Cabaran' Susulan Serangan Israel 

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 4:02PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Warga Palestin di Gaza yang kehilangan tempat tinggal mengalami 'malam ngeri' pada malam sambutan Krismas apabila serangan udara Israel melanda kawasan kediaman, membunuh dan mencederakan ramai penduduk.

Penduduk kem pelarian al-Maghazi dan al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza memaklumkan Agensi Berita Xinhua bahawa mereka melarikan diri daripada rumah masing-masing semasa waktu subuh pada Isnin selepas menempuh 'malam penuh cabaran'.

Islam al-Hamid, 40,  ibu kepada orang tiga anak dari al-Maghazi berkata, tentera Israel memberi amaran kepada mereka supaya mengosongkan kem beberapa hari lalu, namun beliau tidak menjangkakan serangan itu agak teruk terhadap penduduk yang enggan berpindah.

"Saya dan keluarga saya semuanya cedera. Saya melihat banyak mayat di atas tanah semasa saya diselamatkan," katanya.

Kem Al-Maghazi adalah antara kem pelarian terkecil di Gaza, baik daripada segi saiz dan populasi.

Ia dicirikan oleh lorong-lorongnya yang sempit dan kepadatan penduduk yang tinggi, dengan kira-kira 27,000 orang mendiami kawasan tidak melebihi 0.6 kilometer persegi.

Jurucakap Hospital Al-Aqsa, Khalil Al-Dakran berkata, sekurang-kurangnya 95 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh atau cedera dalam serangan di Al-Maghazi.

Pertahanan Awam Palestin berkata, ramai mangsa masih berada di bawah runtuhan kerana kekurangan peralatan menyelamat. Memburukkan keadaan, serangan udara Israel itu turut menghalang akses ambulans dan kenderaan pertahanan awam.

Seorang penduduk kem al-Bureij, Mahdi Manasrah berkata, beliau kehilangan kira-kira 30 saudara mara dalam serangan Israel di kawasan itu.

Pejabat media Gaza berkata, lebih 50 serangan udara Israel melanda kem al-Nuseirat, al-Bureij dan al-Maghazi pada malam sebelum Krismas.

Pejabat kemanusiaan PBB memberi amaran mengenai situasi buruk, merujuk kepada pembuangan najis di merata-rata tempat dan risiko penularan penyakit, terutamanya dalam cuaca buruk.

Kira-kira 1.9 juta orang atau 85 peratus daripada penduduk Gaza, kehilangan tempat tinggal sejak konflik antara Israel-Hamas tercetus sejak 7 Oktober lalu, mengakibatkan 20,674 warga Palestin terkorban. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar