web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakistan, Iran Gesa Usaha Bersepadu Negara Islam Hentikan Serangan Israel

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 10:38AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI -  Pakistan dan Iran menggesa usaha bersepadu oleh negara-negara Islam bagi menamatkan kekejaman Israel di Palestin.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Presiden Pakistan, Arif Alvi menerusi perbualan telefon pada Rabu membincangkan genosid yang dilakukan tentera Israel di Gaza.

Kedua-dua pemimpin itu menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu menyelaraskan usaha demi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang terus berlanjutan di Gaza, menurut pejabat Alvi dalam hantaran di media sosial.

Tindakan bersama itu boleh memberi tekanan kepada rejim Israel, menurut kenyataan Raisi.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin turut mengkritik kegagalan organisasi antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mempertahankan rakyat Palestin daripada serangan Israel.

Mereka bersetuju bahawa 'usaha perlu dilakukan bagi mengubah struktur organisasi antarabangsa dan umat Islam mesti menjadi perintis dalam bidang ini', menurut kenyataan Iran.

Sementara itu, Presiden Maldives, Mohamed Muizzu dalam satu kenyataan pada Rabu turut mengecam kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah tegas menamatkan penderitaan di Gaza.

Muizzu berkata, veto terhadap resolusi yang menyeru gencatan senjata telah mengakibatkan masyarakat dunia 'mempersoalkan nilai kemanusiaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

Beliau mengulangi gesaan Maldives kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Washington memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB pada 18 Oktober yang menggesa 'jeda kemanusiaan' bagi menyampaikan bantuan kepada 2.3 juta penduduk Gaza yang terkepung.

Pada 8 Disember, Amerika Syarikat turut memveto satu lagi resolusi Majlis Keselamatan yang menggesa 'gencatan senjata kemanusiaan segera'.

Ketika situasi di Gaza semakin meruncing, Majlis Keselamatan pada Rabu sekali lagi menangguhkan mesyuarat bagi membincangkan gesaan terhadap 'jeda kemanusiaan segera'.

Angka kematian di Gaza sudah melepasi 20,000 termasuk 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar