web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepimpinan Anwar Beri Peluang Malaysia Perluas Pengaruh Di Asia Barat

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 12:14PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia dilihat mempunyai peluang untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Barat, menurut pemerhati politik.

Pendirian Malaysia terhadap krisis Gaza telah menarik perhatian terhadap pemikiran jelas Anwar mengenai isu Palestin, manakala lawatan beliau ke Asia Barat dan Afrika Utara pada Oktober menunjukkan kesungguhan Perdana Menteri untuk membina hubungan ekonomi yang lebih erat dengan rantau berkenaan. 

Ketika kunjungannya ke Arab Saudi, Anwar telah mengadakan perbincangan yang menyentuh pelbagai isu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala. 

Antara topik yang menjadi agenda perbincangan, termasuk perdagangan, tenaga, air, pertanian, keterjaminan makanan, ekonomi digital, pelancongan dan pendidikan tinggi.

Anwar dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman turut mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Gaza dan membantah tindakan memaksa penduduk Palestin berpindah.

"Malaysia senantiasa teguh menyokong perjuangan Palestin dan lantang bersuara mengenai bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza, selain mengkritik hipokrasi Barat. Kesungguhan Anwar dalam isu ini menarik perhatian seluruh dunia," kata Prof Sains Politik di Aligarh Muslim University (AMU), Mirza Asmer Beg kepada BERNAMA.

Mirza ditanya mengenai perspektifnya terhadap Anwar sebagai pemimpin kerajaan Malaysia, menjelang setahun pentadbirannya pada akhir minggu ini.

Rundingan Anwar dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan pula menumpukan kepada perdagangan dan pelaburan.

Anwar yang mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan lawatan beliau ke Ankara sudah semestinya dapat melonjakkan momentum dalam hubungan dua hala.

Perbincangan Perdana Menteri dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi turut memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara paling padat penduduk di dunia Arab dan kuasa besar politik di rantau itu.

Anwar dan El-Sisi mencapai titik persamaan mengenai Palestin dan menekankan perlunya masyarakat antarabangsa memberi tekanan ke atas rejim Israel untuk menghentikan serangan terhadap penduduk Gaza.

Malaysia juga proaktif berhubung dengan negara-negara penting di Asia Barat untuk mengetengahkan kekejaman Israel di Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Kedudukan Malaysia dan Asia Barat mungkin jauh dari segi geografi tetapi mereka didekatkan oleh kepentingan agama dan politik yang sama serta hubungan perdagangan yang saling menguntungkan.

"Malaysia telah mencapai kemajuan yang besar dalam sektor sosial dan ekonomi yang dilihat oleh rantau Teluk sebagai sesuatu yang boleh memberi manfaat bersama kepada Malaysia dan negara Arab.

"Pembangunan infrastruktur, pendidikan, tenaga, perdagangan dalam komoditi pertanian, ekonomi digital dan inovasi teknologi adalah sebahagian daripada bidang kerjasama yang jelas antara rantau ini dan Malaysia," kata Prof Izhar Bilgrami.

Bilgrami adalah bekas ketua kanan Fakulti Perdagangan di AMU dan bekas ketua Pengajian Perniagaan di University of Technology and Applied Sciences in Al Musannah, Oman.

Kedua-dua pemerhati politik itu juga melihat Malaysia sebagai pautan penting dalam usaha enam negara Ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN untuk memulakan landasan kerjasama baharu dalam landskap ekonomi dan politik global yang berubah.

"GCC adalah kumpulan ekonomi dan politik yang sangat berpengaruh yang melibatkan Afrika dan Asia Selatan. Terdapat persamaan antara apa yang GCC dan ASEAN lakukan dalam geografi masing-masing.

"Oleh itu, satu perkembangan yang menggalakkan untuk melihat mereka bersemangat membangun hubungan yang lebih baik," kata Bilgrami.

Usaha Anwar di Asia Barat mendapat manfaat daripada kedudukan hub Malaysia di Asia Timur dan hubungan tradisi yang baik dengan negara-negara utama OIC seperti Arab Saudi, Iran, Mesir dan Turkiye.

Sebagai satu blok, ahli GCC melihat banyak persamaan dengan Asia Timur.

Kenyataan bersama persidangan GCC-ASEAN pada Oktober merujuk kepada kumpulan mereka sebagai 'dua rantau dinamik berdasarkan visi bersama mereka untuk masa depan'.

Walaupun diilhamkan oleh kepentingan dan hubungan sejarah, kedua-dua pihak menyedari bahawa perkongsian sumber, pengetahuan dan teknologi akan menjadi lebih penting pada masa depan.

Pandangaan antarabangsa Anwar seharusnya memberi manfaat kepada beliau dalam menerajui Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih penting untuk merapatkan GCC dan ASEAN serta mengembangkan kedudukan negara dalam OIC. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad