web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaza: Tentera Israel Bom Sekolah Lokasi Penduduk Palestin Berlindung

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 6:26PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Tentera Israel pada Selasa mengebom sebuah sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal ketika konflik di wilayah itu memasuki hari ke-46.

Menurut Palestine TV, serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di kawasan al-Faluja di kem pelarian Jabalia, menyebabkan beberapa ramai penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Dalam serangan itu, tentera penceroboh mengebom sembilan rumah di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza menyebabkan banyak kematian, lapor Agensi Anadolu.

Pihak berkuasa kesihatan masih belum mengumumkan angka penduduk yang terkorban dalam serangan udara Israel itu.

Sementara itu, Agensi Berita Palestin Wafa melaporkan perkhidmatan telekomunikasi di Bandaraya Gaza dan kawasan di utara Semenanjung Gaza terputus sepenuhnya susulan pengeboman tentera rejim ke atas menara telekomunikasi.

Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita dalam pengeboman tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad