web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Sekolah Kem Pelarian Jabalia: Ramai Dikhuatiri Terbunuh - WAFA

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:02AM

Serangan Israel yang kejam itu mengakibatkan pembunuhan puluhan orang, dengan majoriti daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dikhuatiri terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Sekolah Al-Fakhura yang diuruskan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza, menurut pihak perubatan.

Sekolah itu telah digunakan sebagai tempat perlindungan bagi beratus-ratus keluarga yang dipindahkan akibat keganasan Israel di Gaza, kata laporan agensi berita Palestin WAFA.

Serangan Israel yang kejam itu mengakibatkan pembunuhan puluhan orang, dengan majoriti daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita, kata WAFA dalam laporannya.

Laporan awal oleh Al Jazeera menyatakan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan itu.

Menurut pihak perubatan, puluhan mangsa serangan Israel yang kejam itu telah dihantar ke Hospital Indonesia di utara Gaza, yang beroperasi pada kapasiti maksimum kerana kebanyakan hospital di utara Gaza tidak dapat beroperasi akibat keganasan Israel.

Sebelum ini Sekolah Al-Fakhura juga menjadi sasaran langsung serangan udara Israel pada 4 November, di mana sekurang-kurangnya 12 orang awam kehilangan nyawa mereka dan 54 orang lain cedera.

Keganasan Israel di Gaza tidak berhenti sejak permulaan konflik pada 7 Oktober

Sekolah, hospital, institusi pendidikan, masjid, serta harta awam dan peribadi berterusan menjadi sasaran serangan bom Israel. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran