web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Colombia Buka Kedutaan Di Palestin - Presiden Petro

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 5:15PM

gambar aplikasi X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Presiden Colombia Gustavo Petro pada lewat Khamis mengumumkan negaranya akan membuka kedutaan di pusat bandar Ramallah di Palestin.

Petro membuat kenyataan itu selepas bertemu Duta Palestin, Raouf Al-Maliki.

"Saya telah menyatakan pendirian saya supaya persidangan keamanan antarabangsa diadakan bagi membuka jalan untuk mewujudkan dua negara merdeka dan bebas," lapor Agensi Anadolu memetik hantaran Petro di X selepas pertemuan itu.

“Kami akan menghantar pesawat membawa bantuan kemanusiaan ke pinggir Gaza, menunggu koridor kemanusiaan dibuka,” katanya.

Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel 'meminta maaf dan meninggalkan negara itu' selepas beliau mengkritik Presiden Petro kerana mengulas mengenai konflik Palestin-Israel, menurut laporan media.

Petro berkongsi beberapa catatannya di media sosial yang mengkritik rejim Israel sejak konflik bermula pada 7 Oktober.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres telah menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera untuk mengurangkan 'penderitaan manusia yang berlarutan'.

Sekurang-kurangnya 3,785 orang kehilangan nyawa di Semenanjung Gaza sejak pencerobohan terbaharu Israel bermula pada 7 Oktober, manakala lebih 12,000 lagi individu cedera, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan Palestin. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad