web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OIC Gesa Henti Segera Serangan Kejam Israel Ke Atas Penduduk Palestin 

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 3:09PM

Ratusan penduduk Gaza maut selepas pesawat Israel mengebom Hospital Al Ahli Al Ma’madani. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera.

Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat menteri luar, blok itu menggesa kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik.

Kumpulan itu mengulangi sokongannya untuk hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan, terutamanya hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan kepulangan pelarian Palestin, hak untuk kemerdekaan serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat mengikut sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negaranya, lapor Agensi Anadolu.

OIC juga mengesahkan semula sokongannya terhadap hak Palestin untuk mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel yang mensasarkan nyawa, kesucian dan harta benda mereka.

Organisasi yang berpusat di Jeddah itu menolak perbuatan orang awam dijadikan sebagai sasaran serangan atau mengusir penduduk dari rumah mereka atau kelaparan dan menghalang mereka daripada akses bantuan kemanusiaan yang selamat dengan melanggar semua norma dan undang-undang antarabangsa dan nilai serta prinsip kemanusiaan.

OIC menggesa penyediaan segera bantuan kemanusiaan, perubatan, bantuan dan air serta elektrik ke Semenanjung Gaza.

Sementara itu, OIC menyifatkan serangan udara Israel ke atas sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang mengorbankan hampir 500 orang sebagai jenayah perang, pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, etika serta instrumen antarabangsa dan kemanusiaan.

Organisasi itu juga menggesa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah perang terhadap warga Palestin dan manusia pada amnya.

“Israel bertanggungjawab penuh atas nasib orang awam di Semenanjung Gaza dan tragedi sebenar yang mereka alami di bawah serangan, pengepungan dan kelaparan, tanpa elektrik, makanan atau air bersih, ” kata kumpulan itu.

Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik, manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan semakin terhad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres telah menggesa gencatan senjata segera untuk mengurangkan penderitaan kemanusiaan dialami mangsa konflik. - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran