web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Seru Israel-Palestin Bertenang, Elak Ketegangan Meruncing

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 3:33PM

Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan ratusan rakyat Palestin dan mencederakan ribuan yang lain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - China menyeru supaya kesemua pihak yang terbabit dalam konflik antara Israel dan Palestin kekal bertenang bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.

Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun, dalam satu sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai krisis di Asia Barat itu pada Ahad.

Zhang berkata, China amat bimbang terhadap pertempuran ganas antara Israel dengan kumpulan bersenjata di Gaza serta situasi yang makin meruncing di kawasan berkenaan.

"Kami (China) mengutuk tindakan ganas dan serangan ke atas orang awam dan semua pihak yang berkonflik harus bersabar ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata.

"Pihak terbabit perlu mematuhi kewajipan mereka mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jangan melakukan serangan atau pemusnahan menyasar rakyat jelata dan kemudahan awam," kata beliau pada Ahad.

Duta China itu berkata, keadaan ketika ini amat rapuh dan China menyokong PBB, serta negara berkenaan menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan.

"Kami berharap UNSC sentiasa bersedia mengambil tindakan yang diperlukan untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan perdamaian," kata Zhang.

Beliau berkata, proses perdamaian Asia Barat yang menyimpang daripada landasan merupakan punca utama berulangnya krisis Palestin-Israel.

"Masyarakat antarabangsa dan pihak terbabit harus bersinergi mengendalikan krisis kali ini dan melakukan segala usaha untuk memajukan 'penyelesaian dua negara'," kata Zhang. - BERNAMA-CMG

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad