web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanada Dan AS Siasat Insiden Kapal Selam Titan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:15AM

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRENTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bahawa pihaknya akan menyiasat insiden kapal selam Titan, sementara Kanada pula akan menyiasat tindakan Polar Prince, kapal Kanada yang menunda kapal selam malang itu ke lokasi Titanic di Lautan Atlantik, lapor Anadolu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu.

Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada (TSB) akan melancarkan penyiasatan terhadap tindakan kapal sokongan Polar Prince yang menunda Titan dari Newfoundland ke lokasi reruntuhan Titanic sambil menyatakan bahawa tindakan itu "selaras dengan Akta Lembaga Penyiasatan dan Keselamatan Kemalangan Pengangkutan Kanada dan perjanjian antarabangsa."

"Dalam beberapa hari akan datang, kami akan menyelaraskan aktiviti kami dengan agensi lain yang terlibat. 

"Maklumat terkini akan disediakan seiring dengan kemajuan penyiasatan,” menurut TSB dalam satu kenyataan.

Polar Prince adalah sebuah kapal Newfoundland yang dimiliki oleh Miawpukek First Nation.

Kapal itu menyertai kapal-kapal lain dalam usaha menjejaki Titan. 

Ia juga membawa beberapa ahli keluarga kepada lima mangsa yang meninggal dunia dalam letupan kapal selam itu.

Ketua Miawpukek, Mi'sel Joe, memberitahu Canadian Broadcasting Corporation pada Jumaat bahawa penyiasatan ini akan menyukarkan kru Polar Prince.

"Ini akan menjadi cabaran yang sukar bagi kru," katanya. 

"Mereka membantu mengesan kapal, dan mereka menjaga keluarga yang ada di atas kapal. 

“Saya merasa kasihan kepada mereka semua. Ini adalah kehilangan nyawa, dan tidak pernah mudah bagi keluarga,” katanya.

Polar Prince terputus hubungan dengan Titan pada Ahad, kira-kira 90 minit selepas ia memulakan penundaan kapal selam itu ke arah Titanic --- 700 kilometer (435 batu) dari pantai Newfoundland.

Sebuah kenderaan kawalan jauh menemui bahagian belakang kapal selam Titan di dasar laut kira-kira 1,600 kaki (488 meter) dari buritan Titanic. Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Anak Ahli Perniagaan Pakistan ‘Takut’ Sertai Ekspedisi Tapi Setuju Demi Gembirakan Bapa

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

5 Penumpang Kapal Selam Titan Dipercayai Maut

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kapal Induk Titan Dakwa Operasinya 'Sangat Selamat'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar