web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal Induk Titan Dakwa Operasinya 'Sangat Selamat'

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 1:20PM

Persoalan tentang tahap keselamatan kapal selam yang hilang Ahad lalu dibangkitkan semasa sidang media di Kanada pada Rabu ketika bekalan oksigen untuk lima orang di dalam Titan mampu bertahan kurang daripada 20 jam - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Persoalan tentang tahap keselamatan kapal selam yang hilang Ahad lalu dibangkitkan semasa sidang media di Kanada pada Rabu ketika bekalan oksigen untuk lima orang di dalam Titan mampu bertahan kurang daripada 20 jam.

Pengasas bersama dan pengerusi Horizon Maritime Services, yang memiliki kapal induk Polar Prince dari mana Titan dilancarkan, Sean Leet, berkata OceanGate menjalankan operasi yang sangat selamat.

"Fokus kami sekarang ialah mengesan kapal selam itu dan mengeluarkan penumpang dengan selamat. Kami sentiasa berhubung dengan kru Polar Prince.

"Prosedur kecemasan kami bermula serta-merta. Bilik kecemasan kami mempunyai kakitangan 24/7 dengan sekumpulan orang yang sangat berkebolehan dan terdapat komunikasi langsung dengan kapal pada setiap masa. Terdapat 17 orang di atas kapal,” katanya.

Kapal itu terputus komunikasi dengan pengendali pelancongan pada Ahad ketika berada kira-kira 700 kilometer (km) ke selatan St John's, Newfoundland.

"Penumpang di dalam  kapal selam Titan dan keluarga mereka adalah fokus kami. Kami sangat mengambil berat tentang kesejahteraan mereka, kami di Newfoundland dan Labrador, Kanada, Amerika Syarikat dan di seluruh dunia bersatu dalam usaha ini.

"Ia menjadi beberapa hari yang sangat sukar bagi anak kapal dan keluarga mereka di dalam kapal Titan dan Polar Prince. Kapten Polar Prince dan kru teguh dalam memberikan sokongan pada masa yang sangat sukar ini,” katanya.

Beliau berkata beberapa peralatan di lokasi pencarian sudah tentu mampu mencapai kedalaman di mana Titan dipercayai berada. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kanada Dan AS Siasat Insiden Kapal Selam Titan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Anak Ahli Perniagaan Pakistan ‘Takut’ Sertai Ekspedisi Tapi Setuju Demi Gembirakan Bapa

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

5 Penumpang Kapal Selam Titan Dipercayai Maut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran