web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Ahli Perniagaan Pakistan ‘Takut’ Sertai Ekspedisi Tapi Setuju Demi Gembirakan Bapa

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:09PM

Suleman dan Shahzada Dawood - Gambar ihsan keluarga Dawood

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suleman, 19, anak kepada ahli perniagaan dari Pakistan, Shahzada Dawood yang terbunuh dalam 'letupan' kapal selam pelancong Titan 'takut' tentang ekspedisi itu dan hanya ikut serta untuk menggembirakan ayahnya sempena Hari Bapa.

Perkara tersebut didedahkan ibu saudara Suleman, Azemah Dawood yang turut bersedih dengan tragedi tragis menimpa dua beranak itu.

Menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), dua beranak itu antara lima mangsa yang maut apabila kapal selam OceanGate mengalami 'letupan dahsyat' kira-kira 1,600 kaki dari bangkai kapal Titanic.

Mangsa lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush; veteran Tentera Laut Perancis, Paul-Henri (PH) Nargeolet dan jutawan Britain, Hamish Harding.

Mereka hilang sejak kapal selam Titan terputus hubungan pada Ahad lalu, mendorong usaha mencari kesemua anak kapal.

Azmeh yang juga kakak kepada Shahzada memberitahu NBC News bahawa Suleman memaklumkan kepada seorang saudara mereka bahawa dia 'tidak begitu bersedia' untuk mengikuti ekspedisi itu.

Namun katanya, Suleman bersetuju untuk pergi bersama kerana mahu menggembirakan bapanya, yang amat bersemangat tentang kapal Titanic yang karam pada 1912.

Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya menemui serpihan kapal selam yang tenggelam berhampiran bangkai Titanic yang terletak 3,800 meter pada dasar laut - Gambar Fail
Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya menemui serpihan kapal selam yang tenggelam berhampiran bangkai Titanic yang terletak 3,800 meter pada dasar laut - Gambar Fail

“Saya memikirkan Suleman, yang berusia 19 tahun, di sana, mungkin hanya tercungap-cungap... Sejujurnya ia amat menyakitkan.

“Saya sukar mempercayainya. Saya seperti terperangkap dalam filem yang amat buruk, dengan mengira detik tetapi anda tidak tahu kiraan detik tersebut untuk apa.

“Secara peribadi saya dapati agak sukar untuk bernafas memikirkan mereka. Ia tidak seperti mana-mana pengalaman yang pernah saya alami,” katanya yang ditemubual dari kediamannya di Amsterdam.

Akuinya, dia tidak akan menaiki kapal selam tersebut meskipun diberikan wang AS$1 juta untuk berbuat demikian.

Sementara itu, tentera laut AS mengesan bunyi dentuman, dipercayai daripada kapal selam tersebut yang meletup akibat tekanan amat tinggi di dasar laut.

Peranti tentera yang memantau bunyi bawah air merakam bunyi berkenaan, sebaik saja kapal selam itu dilaporkan hilang dan terputus hubungan.

Pegawai Tentera Laut AS yang enggan dikenali berkata, bunyi letupan itu direkodkan sejurus selepas Titan hilang Ahad lalu, menggunakan sistem pemantauan akustik rahsia yang direka untuk mengesan kapal selam.

“Tentera Laut AS menjalankan analisis data akustik. Kami mengesan anomali yang menyamai bunyi letupan atau letupan di persekitaran umum tempat kapal selam Titan beroperasi apabila komunikasi terputus,” kata pegawai itu kepada Wall Street Journal.

Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya menemui serpihan kapal selam yang tenggelam berhampiran bangkai Titanic yang terletak 3,800 meter pada dasar laut.

Pengumuman itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beberapa negara selama empat hari.

Pegawai berkata, analisis menunjukkan serpihan yang ditemui di dasar laut menyamai objek dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu. – Agensi

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kanada Dan AS Siasat Insiden Kapal Selam Titan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

5 Penumpang Kapal Selam Titan Dipercayai Maut

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kapal Induk Titan Dakwa Operasinya 'Sangat Selamat'

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad