web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Penumpang Kapal Selam Titan Dipercayai Maut

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 12:20PM

Paul-Henri Nargeolet (kiri) dan Stockton Rush, antara mangsa yang dipercayai terkorban. - Gambar dari Instagram dan OceanGate

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pengemudi dan empat penumpang kapal selam persiaran Titan yang hilang dipercayai maut, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

OceanGate Expeditions berkata jurumudi dan ketua eksekutifnya, Stockton Rush - bersama warga Britain Hamish Harding, warga Pakistan Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, dan warga Perancis Paul-Henri Nargeolet "malangnya tiada lagi".

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata lima "serpihan utama" dari kapal selam persiaran itu telah ditemukan.

Ia termasuk sebahagian daripada kapal selam itu, kon muncung, kerangka hadapan dan belakang, katanya pada sidang akhbar di Boston pada Khamis.

Kesemua mereka menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.
Kesemua mereka menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

Kenderaan kawalan jauh menemui medan serpihan di dasar laut Lautan Atlantik Utara sekitar 490 m dari bahagian depan (bow) Titanic pada pagi Khamis.

Mereka menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

Laksamana Pengawal Pantai AS John Mauger berkata serpihan itu "konsisten dengan letupan dahsyat kapal berkenaan".

"Ia merupakan operasi yang sangat kompleks di dasar laut yang lebih dua batu di bawah permukaan."

Pakar dasar laut Paul Hankin berkata: "Kami menemukan lima serpihan utama yang menunjukkan ia adalah bangkai Titan.

"Serpihan awal kami temui adalah kon muncung yang berada di luar kapal selam itu. Kami kemudiannya menemukan medan serpihan yang besar.

"Dalam medan itu, kami menemui hujung bahagian hadapan kapal selam itu yang merupakan petunjuk pertama berlakunya bencana.

"Tidak jauh dari situ, kami menemukan medan serpihan kedua yang lebih kecil. Dalam medan serpihan ini, kami mendapati hujung satu lagi kapal selam itu – hujung bulat muncung belakang – yang pada asasnya merupakan keseluruhan kapal selam itu.” - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kanada Dan AS Siasat Insiden Kapal Selam Titan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Anak Ahli Perniagaan Pakistan ‘Takut’ Sertai Ekspedisi Tapi Setuju Demi Gembirakan Bapa

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kapal Induk Titan Dakwa Operasinya 'Sangat Selamat'

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 42 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad