web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 7:04AM

Anthony Albanese, Joe Biden dan Rishi Sunak - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara yang dikenali AUKUS tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan negaranya.

Ia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Deklarasi ASEAN mengenai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Selasa, Malaysia menekankan kepentingan menggalakkan ketelusan dan membina keyakinan dalam kalangan semua negara serta mengelak sebarang provokasi yang berpotensi mencetuskan perlumbaan senjata nuklear atau menjejaskan keamanan dan keselamatan di wilayah ini.

Kenyataan itu dibuat selepas butiran terbaharu  mengenai AUKUS dipertingkatkan antara Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) pada Isnin oleh Presiden AS Joe Biden, dan perdana menteri UK dan Australia – Rishi Sunak dan Anthony Albanese.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil maklum mengenai kenyataan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin itu.

Butiran baharu mengenai AUKUS muncul pada Isnin menerusi pengumuman Australia menjadi negara pertama untuk membeli tiga kapal selam Virginia buatan Amerika pada awal 2030-an, dengan AS dan UK menempatkan beberapa kapal selam berkuasa nuklear di pangkalan RAN di Perth, Australia Barat mulai 2027.

Menurut laporan media antarabangsa, Biden menegaskan bahawa kapal itu tidak dilengkapi senjata nuklear dan tidak akan menjejaskan komitmen Australia untuk kekal sebagai negara bebas senjata nuklear.

Bernama melaporkan Penolong Setiausaha Jabatan Negara AS untuk Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel J. Kritenbrink berkata asas pakatan yang ditubuhkan masih kekal bebas senjata nuklear, walaupun terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh negara-negara Asia Tenggara mengenai ancaman perlumbaan senjata pemusnah itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad