web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asia Dan Pasifik Tidak Bersedia Hadapi Bencana Akibat Iklim — Kajian Baharu ESCAP

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:42AM

Laporan itu berkata, negara-negara di rantau ini kekurangan sumber kewangan yang besar untuk menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data yang diperlukan untuk tindakan iklim. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Kebanyakan negara di Asia dan Pasifik tidak mempunyai kelengkapan menghadapi cuaca ekstrem dan bencana alam yang semakin meningkat dan sebahagiannya disebabkan oleh perubahan iklim, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).

Laporan "The Race to Net Zero: Accelerating Climate Action in Asia and the Pacific" mendedahkan bahawa negara-negara di rantau ini kekurangan sumber kewangan yang besar untuk menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data yang diperlukan untuk tindakan iklim.

Dalam satu kenyataan, ESCAP memaklumkan sejak 60 tahun lalu, suhu di Asia dan Pasifik telah meningkat lebih cepat berbanding purata suhu global.

“Enam daripada 10 negara yang paling terjejas teruk akibat bencana berada di rantau ini, di mana sistem makanan terganggu, ekonomi terjejas, dan masyarakat terkesan.

“Laporan itu seterusnya menggariskan bahawa rantau ini mengalami kesan terburuk akibat perubahan iklim, ia juga menjadi penyumbang utama; menyumbang lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau dunia.

“Keadaan ini kian memburuk apabila populasi bertambah dan ekonomi terus menggunakan bahan api fosil,” menurut kenyataan itu.

Tanpa tindakan tegas, pemanasan global akan kekal menjadi pemacu utama kemiskinan dan ketidaksamaan di rantau ini - akibat buruk menjejaskan seluruh benua dan negara membangun di kepulauan kecil Pasifik, menurut ESCAP.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata rantau Asia dan Pasifik bertanggungjawab terhadap lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau global, dengan ekonomi sebahagian besarnya dikuasai oleh bahan api fosil dan perubahan iklim memburukkan lagi krisis kemiskinan dan menjejaskan pembangunan mampan.

"Sekarang adalah masa untuk meningkatkan tindak balas iklim di rantau ini.

“Jika keadaan mendesak, konteksnya mencabar. Langkah-langkah untuk menjadikan ekonomi Asia dan Pasifik pada penggunaan karbon rendah dan menyesuaikan diri serta menjadi lebih berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau mengakui bahawa kerajaan di rantau ini berusaha untuk mencapai karbon sifar dalam keadaan yang mencabar ekoran “polycrisis” semasa.

Oleh itu, kajian ESCAP menetapkan transformasi yang diperlukan membabitkan tiga sektor utama - tenaga, mobiliti dan logistik rendah karbon, serta perdagangan dan pelaburan antarabangsa bagi mencapai karbon sifar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan Akta Perubahan Iklim, Bidang Kuasa Harus Diutamakan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Akta Perubahan Iklim Dalam Perancangan - Nik Nazmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU Berkaitan Perubahan Iklim Dijangka Bentang Tahun Depan - Tuan Ibrahim

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Ambil Serius Kesan Perubahan Iklim, Kaji Semula Dasar CCA Negara

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad