web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Serius Kesan Perubahan Iklim, Kaji Semula Dasar CCA Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 9:00PM

Keadaan banjir di Taman Sri Muda pada 20 Disember. - Gambar fail oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Keluarga Malaysia digesa melaksanakan dasar Adaptasi Perubahan Iklim (CCA) menggunakan kaedah “patways approach” secara komprehensif bagi menilai dan mengukur semula keupayaan negara dalam menangani kesan perubahan iklim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Pengerusi Biro Profesional AMK, Jhen Pei Seah menerusi kenyataan bersama berkata, pemerkasaan itu bagi memastikan negara mempunyai daya tahan optimum dari segi tenaga kerja, sumber dan infrastruktur apabila dilanda bencana akibat perubahan iklim.

Kedua-dua mereka berpendapat, penilaian semula infrastruktur sedia ada juga wajar dilakukan pihak berkuasa yang berkaitan, sebagai sebahagian daripada usaha bedah siasat, manakala hasil keputusan wajib didedahkan kepada masyarakat umum.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

“Penilaian kapasiti menyeluruh sistem mitigasi banjir yang sedia ada juga mesti dijalankan untuk menambah baik protokol pengurusan banjir, yang kemudiannya akan meningkatkan lagi ketepatan ramalan banjir.

“Dengan itu, satu pelan induk mitigasi banjir yang komprehensif dan bersepadu mesti diwujudkan bagi mengelakkan bencana banjir daripada berulang pada masa hadapan,” katanya, hari ini.

Pada masa sama, dua pemimpin AMK itu memaklumkan, data yang dikumpul perlu disentralisasi dan dikongsi dengan semua kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mereka berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan dalam memastikan konsistensi dalam proses pelaksanaan pelan induk tersebut di setiap peringkat.

“Selama bertahun-tahun, organisasi teknikal seperti Institusi Jurutera (IEM) dan universiti tempatan telah menerbitkan cadangan yang sangat membina berkaitan langkah pencegahan dan mitigasi banjir.

“Justeru, kerajaan digesa untuk melibatkan kumpulan profesional teknikal ini dengan ikhlas untuk membina satu pelan induk yang benar-benar berkesan,” katanya.

Jhen Pei Seah
Jhen Pei Seah

Dalam perkembangan berkaitan, AMK mengutuk sekeras-kerasnya tindak lembab kerajaan dalam menangani situasi banjir, sehingga menjadikan keadaan bencana bertambah buruk dan mengancam nyawa ribuan rakyat.

“Pemimpin yang gagal melaksanakan tugas semasa kejadian bencana ini mesti dipertanggungjawabkan.

“Insiden tersebut harus diambil sebagai pengajaran oleh semua pemimpin yang harus sedar, mereka memikul tanggungjawab dan amanah besar terhadap setiap rakyat Malaysia.

“Melangkah ke hadapan, kerajaan harus mengakui keperluan untuk mengutamakan sebarang bentuk usaha pencegahan di samping mitigasi bencana banjir,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad