web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Perubahan Iklim Dalam Perancangan - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 6:21PM

Nik Nazmi Nik Ahmad dilihat komited untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani isu perubahan iklim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belumpun sebulan menerajui kementeriannya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang berusaha menggerakkan beberapa inisiatif utama dalam menangani perubahan iklim.

Sehari selepas mengumumkan di Twitter cadangan untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen Mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilihat komited untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani isu terbabit.

“Dalam hal ini, manifesto Pakatan Harapan (PH) telah menggariskan beberapa bidang utama komitmen termasuk perundangan Akta Perubahan Iklim yang saya ingin lihat,” katanya kepada The Vibes.

Beliau berkata, pertemuan dengan Klima Action Malaysia (KAMY) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain baru-baru ini, memberi dorongan lebih besar kepada kementeriannya untuk bergerak ke hadapan dan membuat kemajuan dengan rancangan menangani perubahan iklim.

Sambil menyifatkan perbincangan dengan NGO itu sebagai positif, Nik Nazmi berkata, mesyuarat itu menekankan keperluan untuk melibatkan diri dengan pihak berkepentingan utama dalam penggubalan dasar progresif untuk menjaga alam sekitar dan menangani perubahan iklim.

“Saya percaya lebih banyak penglibatan diperlukan dengan kumpulan yang berfikiran sama yang akan membolehkan kementerian saya membentangkan gambaran jelas tentang dasar berpandangan ke hadapan yang menangani kebimbangan alam sekitar dalam konteks tempatan," katanya.

KAMY bersama Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika, Rakan Bukit Kiara, Rakan Bukit Dinding dan Gabungan Darurat Iklim Malaysia mendesak kementerian melakukan tiga perkara sepanjang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu.

Tuntutan itu termasuk:

- Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perubahan Iklim dan Biodiversiti

- Perwakilan inklusif masyarakat tempatan untuk keputusan dan penggubalan dasar yang berkesan

- Pembentangan Akta Perubahan Iklim oleh kerajaan di Parlimen

Difahamkan pada mesyuarat 12 Disember lalu, kumpulan terbabit turut mengemukakan Deklarasi Kecemasan Iklim dengan menggesa kerajaan mengisytiharkan krisis iklim dan mendidik serta memperkasakan orang ramai ke arah gerakan keadilan alam sekitar yang lebih besar.

“Seperti yang dinyatakan, kami telah meneruskan cadangan untuk menubuhkan PSC mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan kami akan terus melibatkan pihak berkepentingan utama daripada semua peringkat masyarakat untuk memastikan dasar kami bersifat inklusif,” katanya.

Nik Nazmi juga berkata, cadangan PSC akan menjadi antara langkah awal untuk merangka dasar yang jelas dan mengenal pasti usaha mitigasi berkaitan perubahan iklim.

Sebagai repons balas, Pengerusi KAMY, Illi Nadiah Dzulfakar menyambut baik cadangan untuk membentuk PSC di peringkat Parlimen.

Beliau menegaskan bahawa kementerian juga perlu diberi masa dan ruang mencukupi untuk mencerminkan komitmen kerajaan bagi memerangi perubahan iklim.

Di samping itu, beliau berharap kementerian akan terus mendengar dan bekerjasama dengan masyarakat "untuk memperkasa dan membolehkan komuniti menguruskan krisis iklim, memerangi perubahan iklim dan mengambil langkah untuk melindungi alam sekitar."

Kumpulan terbabit bagaimanapun, enggan mengambil kredit bagi cadangan terbaru oleh kementerian untuk membentuk PCS.

“Ia sudah lama kerana kerja keras beberapa individu dalam kumpulan alam sekitar. Kita tonjolkan dan kita mahu lihat ia menjadi kenyataan selepas ia dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos tahun lepas semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang,” katanya.

Di peringkat antarabangsa, Nadiah menggesa Malaysia memainkan peranan penting dalam rundingan alam sekitar pelbagai hala dengan negara lain, “dan menyediakan kepimpinan negara yang amat diperlukan dalam iklim global dan diplomasi alam sekitar." – The Vibes, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Rakyat Mahu Kestabilan, Kemajuan, Reformasi - Nik Nazmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tragedi Jeram Mawar: Laporan Awal Dijangka Siap Dalam Masa Terdekat - Nik Nazmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad