web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Rakyat Mahu Kestabilan, Kemajuan, Reformasi - Nik Nazmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 9:00PM

NIk Nazmi Nik Ahmad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan dizahirkan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu menterjemahkan keinginan rakyat untuk menikmati kestabilan, kemajuan, dan reformasi. 

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isyarat itu khususnya dapat dilihat di tiga negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Beliau memberi jaminan, jentera Kerajaan Perpaduan akan terus bekerja tanpa henti bagi merealisasikan pelbagai rancangan di Malaysia, termasuk Ekonomi Madani, agar aspirasi rakyat dapat dicapai. 

PRN yang baru berlalu menterjemahkan keinginan rakyat untuk menikmati kestabilan - gambar Salwa Farhana Ismail
PRN yang baru berlalu menterjemahkan keinginan rakyat untuk menikmati kestabilan - gambar Salwa Farhana Ismail

“Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik di seluruh negara, termasuk ke atas negeri yang tidak berjaya kami kuasai. 

“Kami mesti berusaha memberi keyakinan kepada semua pengundi, termasuk golongan muda untuk terlibat dan mengundi dalam amalan demokrasi negara. Kita mesti mendengar apa yang disampaikan rakyat melalui pilihan raya ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram. 

Pada hantaran sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu mengakui, usaha tanpa henti jentera PH-BN di negeri yang gagal ditakluki iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membuahkan hasil diharapkan. 

“Mungkin hasilnya tidak seperti yang kami harapkan, tapi kami telah berusaha sebaik mungkin. 

“Perjuangan kami di semua negeri ini akan terus berlanjutan dan Insya Allah, akan berbuah dalam waktu yang tidak lama lagi. Sudah ada tanda positif di Kelantan,” katanya. 

NIk Nazmi memberitahu, kerajaan sedar rakyat mengharapkan semua pemimpin untuk mentadbir dan meningkatkan negara. 

“Rakyat mahukan kerajaan yang berprestasi tinggi. Itulah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. 

“Ada cabaran besar untuk Malaysia dan kita mesti bersatu untuk menghadapinya,” katanya, seolah-olah membayangkan negara bakal berdepan satu masalah yang agak ’serius'. 

Tidak memperincikan kenyataan berkenaan, beliau menegaskan, ini adalah waktu untuk perpaduan dan mengembalikan kemajuan kepada negara. 

Ini adalah waktu untuk perpaduan dan mengembalikan kemajuan kepada negara - gambar fail
Ini adalah waktu untuk perpaduan dan mengembalikan kemajuan kepada negara - gambar fail

“Kita mesti meletakkan kepentingan negara dan mengetepikan perbezaan serta berusaha untuk memastikan Malaysia bersedia menghadapi ketidakpastian ekonomi global, perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan cabaran lain,” katanya. 

PRN Sabtu lalu menyaksikan dua gergasi politik negara iaitu gabungan PH-BN dan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo apabila masing-masing meneruskan pegangan ke atas negeri yang sudah dikuasai sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).  

PN kekal berkuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Selangor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang terus berada di bawah pentadbiran PH-BN. - Getaran, 14 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

4

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Politik 2 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad