web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


April 26 Ulang Tahun Ke-37 Memperingati Malapetaka Chernobyl

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 7:00AM

Chernobyl terletak di Ukraine, yang merupakan sebahagian daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) sehingga 1991 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ulang tahun malapetaka loji tenaga nuklear Chernobyl pada tahun 1986 apabila lebih 200 tan bahan api nuklear meletup dalam reaktor diperingati di seluruh dunia pada Rabu, 26 April.

Sejumlah 10 tan bahan cemar nuklear merebak di atmosfera dengan 8.5 juta orang terdedah kepada sinaran radioaktif, kata wakil rakyat Ukraine Ihor Kryvosheyev dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan Ukraine di sini.

Chernobyl terletak di Ukraine, yang merupakan sebahagian daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) sehingga 1991.

Selain wilayah USSR, pencemaran Cesium-137 yang ketara turut dikesan di Sweden, Finland, Austria, Norway, Bulgaria, Switzerland, Greece, dan negara lain yang berada beribu-ribu kilometer dari pusat letupan. ‎

Kryvosheyev, ketua Jawatankuasa Kecil Mengatasi Kesan Kemalangan Chernobyl, berkata impak malapetaka ini akan menghantui manusia selama ratusan tahun dan oleh itu segala usaha mesti dilakukan untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang.

Beliau berkata potensi bencana nuklear lain telah meningkat akibat konfrontasi semasa antara Rusia dan Ukraine.

Menurut beliau, kini terdapat kira-kira 3,000 tan pelbagai jenis bahan api nuklear di Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia, yang berada di bawah kawalan Rusia.

Di beberapa infrastruktur tenaga Ukraine, masih terdapat sekitar 4,000 tan bahan api nuklear.

Sebarang serangan boleh menyebabkan malapetaka pada skala dunia, menjejaskan setiap negara dan setiap benua dan setiap orang di Bumi, kata Kryvosheyev yang mahu masyarakat dunia mengambil tindakan tegas ke atas Rusia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran