web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku Memoir Putera Harry Catat Rekod Jualan Tertinggi Pada Hari Pertama

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:02AM

Memoir Putera Harry yang telah mencetuskan  kontroversi, terjual lebih 1.4 juta pada hari pertama berada di pasaran. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Edisi bahasa Inggeris memoir Putera Harry yang telah mencetuskan  kontroversi, terjual lebih 1.4 juta pada hari pertama berada di pasaran,  lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada Selasa, Penguin Random House yang menerbitkan autobiografi bertajuk "Spare" itu telah melaporkan jumlah jualan paling banyak pada hari pertama berbanding mana-mana buku bukan fiksyen yang penah diterbitkan oleh syarikat itu.

Menurut penerbit itu, Spare edisi bahasa Inggeris terjual lebih 1,430,000 unit dalam semua format dan edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain pada 10 Januari. 

Bercakap mengenai rekod jualan, presiden dan penerbit Random House Group Gina Centrello berkata: "Walaupun banyak buku oleh tokoh masyarakat boleh dikategorikan sebagai 'memoir selebriti,' Spare lain daripada yang lain. 

"Tulus ikhlas, berani dan mesra, Spare melambangkan kisah seseorang yang pada sangkaan kita mungkin sudah mengenalinya, tetapi kini kita dapat benar-benar mengenali Putera Harry melalui luahannya sendiri.

"Melihat kepada penjualan luar biasa pada hari pertama, pembaca jelas bersetuju, Spare sebuah buku yang perlu dibaca dan kami bangga dapat menerbitkan buku ini."

Spare telah diterbitkan di seluruh dunia dalam 16 bahasa dan dikeluarkan secara serentak dalam format cetak dan digital di Amerika Utara oleh Random House US serta Random House Canada dan di Britain oleh Transworld.

Di Britain buku itu ia dijual pada harga £14 (US$16) manakala di Waterstones dan WH Smith serta dalam talian di Amazon ia dijual pada harga £28. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran