web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Cedera, Siri Letupan Dan Kebakaran Di Selatan Thailand

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 7:37AM

Renjer mengawasi stesen minyak yang rosak teruk selepas diserang di daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand pada Rabu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PATTANI - Sekurang-kurangnya tujuh orang awam cedera dalam siri pengeboman dan kebakaran di 17 lokasi di tiga wilayah selatan Thailand – Narathiwat, Pattani dan Yala pada awal pagi Rabu.

Serangan berlaku lewat tengah malam itu mensasarkan kedai serbaneka, pasar raya mini dan stesen minyak serta turut menyebabkan kerosakan harta benda.

Jurucakap Tentera, Mejar Jeneral Pramote Prom-in berkata sebanyak sembilan serangan dilaporkan di wilayah Narathiwat, manakala enam di Yala dan dua di Pattani.

"Semua serangan berlaku serentak selepas tengah malam," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Pramote berkata Komander Wilayah Tentera Keempat Lt Jen Kriangkrai Srirak telah mengarahkan semua agensi keselamatan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

 Wilayah selatan Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla sering diancam keganasan sejak 2004.

Demi menamatkan keganasan tanpa henti, rundingan damai telah dimulakan antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata pada 2013, tetapi penyelesaian terhadap konflik masih belum dicapai.

Rundingan antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata, Barisan Revolusi Nasional (BRN) disambung semula tahun ini selepas Malaysia dan Thailand menutup sempadannya pada 2020 akibat pandemik COVID-19.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator dalam perbincangan bersemuka, pertama kali selepas wabak itu melanda.

Sehingga kini, lebih 7,300 orang terbunuh akibat konflik yang tercetus pada 2004, menurut Deep South Watch. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Lawat Selatan Thailand Hari Ini

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad