web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 1:00PM

Kementerian Kehakiman telah diberi taklimat bagaimana polis Sweden mengatur kawalan di sempadan, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan membakar kitab suci umat Islam itu pada Rabu lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Kerajaan Sweden mengumumkan pada Ahad negara ini ingin menghalang individu yang "cuba datang ke Sweden dan melakukan jenayah" selepas insiden membakar al-Quran, di Stockholm minggu lalu.

"Pada Mei tahun ini, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan semula kawalan sempadan. Kami jelas tentang sebab-sebabnya: terutamanya peningkatan ancaman terhadap Sweden yang dikaitkan dengan peristiwa seperti demonstrasi sebelum ini yang menyaksikan al-Quran dibakar," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar. 

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kehakiman telah diberi taklimat bagaimana polis Sweden mengatur kawalan di sempadan, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan membakar kitab suci umat Islam itu pada Rabu lalu.

Semasa demonstrasi yang mendapat kebenaran pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang Sweden, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Iraq yang dikatakan mempunyai hubungan dengan militia Syiah, dilaporkan mengoyak dan membakar naskhah al-Quran ketika umat Islam menyambut Aidiladha.

Insiden itu berlaku di luar Stockholm Central Mosque dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran.

"Di Sweden, kebebasan bersuara mendapat perlindungan yang kuat. Tetapi ini tidak bermakna kerajaan menyokong setiap pendapat yang disuarakan. Perhimpunan awam yang mendapat kebenaran juga boleh menjadi polarisasi dan menyinggung perasaan. 

“...Demonstrasi itu juga memberikan kesan yang serius terhadap keselamatan dan ketenteraman dalaman Sweden. 

"Berdasarkan pengalaman kami, kedua-dua individu yang memulakan demonstrasi seperti ini dan individu yang bersedia untuk menggunakan keganasan melampau selalunya mereka ini datang dari negara lain," menurut kementerian yang menjadikan kes warga Iran itu sebagai contoh.

Momika hanya mempunyai permit untuk tinggal sementara di Sweden.

Polis mempunyai hak untuk menghalang individu daripada memasuki Sweden jika mereka mengancam kepentingan awam. 

"Penting untuk kita mempunyai kawalan sempadan yang berkesan," menurut kementerian itu.

Pada Ahad, Kementerian Luar Sweden turut menghantar kenyataan bertulis kepada televisyen SVT.

"Kerajaan Sweden memahami bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan individu semasa demonstrasi baru-baru ini di negara itu mungkin menyinggung perasaan umat Islam," menurut kenyataan itu.

Kementerian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan perbuatan berkenaan tidak mencerminkan pendirian kerajaan Sweden dalam apa cara sekalipun. 

Selain itu, kementerian turut menyifatkan perbuatan membakar al-Quran dan kitab suci lain sebagai provokasi eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas).

"Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan tidak mempunyai tempat di Sweden atau Eropah," menurut kementerian. - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad