web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bandung Kini Alami Cuaca 'Hareudang'

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 1:44PM

Cuaca di Bandung kini semakin panas dengan peningkatan suhu kepada 25.6 darjah Celsius, berbanding 22.6 darjah Celsius sebelum ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Diberi gelaran Paris of Java oleh Belanda, Bandung berlatarkan suhu sejuk sepanjang tahun dan pemandangan banjaran gunung yang menenangkan serta ladang teh menghijau telah mencuri hati ramai pelancong termasuk dari Malaysia.

Terletak 768 meter dari aras laut, Bandung, ibu kota Jawa Barat dan bandar keempat terbesar di Indonesia kini merupakan antara destinasi pelancongan utama untuk pengunjung tempatan dan asing.

Bandung yang mempunyai udara paling bersih dalam kalangan bandar utama di ASEAN membolehkannya merangkul anugerah kelestarian alam sekitar serantau pada 2017.  

Bagaimanapun, kini Bandung tidak seperti dulu, cuaca di sini semakin panas seperti kata pakar sains atmosfera dari Institut Teknologi Bandung, Zadrach L. Dupe.

Zadrach L. Dupe berkata purata suhu permukaan di Bandung dari 1975 hingga 2020 telah meningkat tiga darjah Celsius, berbanding 22.6 darjah Celsius kepada 25.6 darjah Celsius.

“Peningkatan suhu purata yang berterusan menunjukkan perubahan iklim sedang berlaku,” katanya pada webinar 'Bandung Hareudang' yang diadakan baru-baru ini.

'Hareudang' bermaksud panas dalam bahasa Sunda, iaitu bahasa yang digunakan majoriti penduduk di Bandung. 

Webinar itu anjuran Alliance of Independent Journalists (AJI) Bandung, AJI Indonesia dan Google News Initiative.

Peningkatan suhu di Bandung sejak 45 tahun lalu bukan sahaja disebabkan oleh pemanasan global tetapi juga kesan daripada pembangunan pesat dan pertambahan penduduk.

Kawasan hijau di Bandung merosot kepada 12 peratus pada 2021 berbanding 35 peratus pada 1970, sebahagiannya disebabkan penggunaan tanah untuk pembangunan.

Jumlah penduduk melonjak kepada 2.44 juta orang pada 2020 berbanding 177,659 pada 1940.

"Dalam tempoh yang sama, jualan tahunan motosikal dan kereta di Bandung meningkat kepada 108,000 unit daripada 15,000 unit,” kata Zadrach, sambil menambah bahawa setiap kereta boleh menghasilkan lima tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun.

Fenomena El Nino yang berpanjangan pada tahun 2020 juga menyumbang kepada peningkatan suhu di Bandung dan bahagian lain di Indonesia.

Walaupun sukar untuk memahami sama ada kenaikan suhu boleh dihentikan atau kembali kepada suhu seperti dulu, Zadrach mencadangkan sebarang pembangunan yang dibuat perlu mengambil kira keseimbangan alam semula jadi.

“Sekarang pemuliharaan tenaga, air dan alam sekitar yang hijau mesti menjadi keutamaan kita di dunia,” katanya. - Bernama

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad