web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal Ever Given Berjaya Diapungkan, Terusan Suez Dibuka Semula

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 10:08AM

Gambar menunjukkan kapal MV Ever Given ditunda oleh kapal tunda selepas dialihkan dari Terusan Suez pada 29 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISMAILIA - Kapal-kapal yang terpaksa berlabuh selama seminggu mula belayar menerusi Terusan Suez selepas kapal gergasi MV Ever Given yang terkandas di terusan berkenaan berjaya diapungkan, sekali gus mencetuskan kelegaan.

Sebanyak 113 kapal akan melalui laluan itu pada 0600 GMT, kata Ketua Lembaga Terusan, Suez Osama Rabie kepada wartawan.

Sambil memuji masa yang diambil untuk mengalihkan kapal MV Ever Given sebagai `pecah rekod', beliau berkata ia akan mengambil masa selama tiga bulan jika perkara itu berlaku di tempat lain.

Sementara penyedia perkhidmatan terusan Leth Agencies dalam satu ciapan memaklumkan, kapal sepanjang 400 meter itu telah dibawa ke tasik Great Bitter, di mana kapal itu berlabuh di kawasan yang jauh daripada laluan kapal kontena lain.

"Kelegaan dapat dirasai kerana satu penutupan jangka masa lama tidak berlaku di satu laluan perdagangan yang penting,” kata penganalisa pasaran Michael Hewson dari CMC Markets UK.

Sebelum kapal itu dialihkan, jumlah kapal yang tersadai telah mencapai 425 buah dan lembaga terusan itu menjangkakan trafik akan kembali lancar dalam masa tiga hari.

Manakala syarikat data maritim Lloyd’s List berkata, sekatan di terusan itu telah menghalang perjalanan kargo yang dianggarkan bernilai RM39.7 bilion setiap hari antara Asia dan Eropah, dengan lebih 10 peratus daripada perdagangan dunia melalui terusan tersebut. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar