Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Malaysia Terima Pujian Majukan Matlamat Komanwel

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 3:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay, memuji Malaysia kerana telah melaksanakan pelbagai langkah sejak dua tahun kebelakangan ini untuk memajukan matlamat Komanwel iaitu Keadilan, Kemakmuran, Kelestarian dan Keselamatan.

Menurutnya, Malaysia antara empat daripada 54 kumpulan anggota mempunyai projek I-Work, dirancang bagi meningkatkan prospek pekerjaan belia termasuk mereka yang kurang bernasib baik, dengan  memperkenalkan pendekatan baharu untuk pembangunan kemahiran yang dipimpin majikan.

Malaysia juga negara Komanwel pertama memulakan pengiraan kadar tenaga dan pelepasan gas bertujuan mencipta model tenaga yang mudah digunakan untuk menyokong perancangan iklim, dengan bajet RM17.1 juta yang diumum United Kingdom pada Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2018.

Bercakap pada acara sempena Hari Komanwel di Commonwealth House di sini pada Isnin malam, Hay berkata inisiatif lain oleh Malaysia termasuk mengadakan Persidangan Kepemimpinan Politik Wanita Rantau Asia yang menumpukan dasar dan inisiatif mengarus perdana kesamaan gender di seluruh rantau Asia.

"Malaysia juga menyelesaikan projek perintis Komanwel SheTrades, menyokong perniagaan milik wanita untuk lebih berdaya saing, mempromosi ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

“Selain itu, Universiti Malaya adalah satu daripada lima universiti yang mengendalikan Biasiswa Queen Elizabeth Komanwel. Sejak April 2018, 47 sarjana telah mendapat manfaat daripada skim biasiswa ini,” katanya.

Beliau juga gembira apabila seorang diplomat kanan Malaysia, Datuk Sudha Devi Vasudevan, baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Yayasan Komanwel, agensi kumpulan masyarakat awam yang beribu pejabat di London.

Di samping itu beliau turut memuji beberapa anak muda Malaysia yang terlibat dalam Projek Ocean Hope, yang diasaskan bersama oleh seorang rakyat Malaysia, Mogesh Sabathy. Ia satu kumpulan yang dipimpin belia bertujuan mengetengahkan masalah laut dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan.

“Mogesh adalah finalis untuk Anugerah Belia Komanwel 2021, satu pencapaian sangat baik, dan berharap Mogesh akan melangkah lebih jauh dan menjadi antara pemenang dalam acara yang diadakan secara maya pada Rabu," tambah Hay.

Selain itu, pengasas bersama Zero Waste Malaysia, Khor Sue Yee dan Aurora Tin, dinobatkan pemenang terbaharu Anugerah Commonwealth Points of Light, NGO mereka bekerja dengan komuniti dan syarikat-syarikat untuk memastikan dasar sampah sifar diterima pakai rakyat dan perniagaan di Malaysia.

Anugerah ini meraikan usaha sukarelawan yang luar biasa, sehingga mencetus inspirasi kepada orang lain untuk menjadi sukarelawan dan meninggalkan kesan positif dalam komuniti.

“Saya sangat gembira kerana Zero Waste Malaysia telah meluangkan masa untuk mengambil bahagian dan menyokong siri webinar pada 2020 dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sifar sisa atau hampir sifar," kata utusan itu.

Beliau turut menyebut nama tiga saintis wanita Malaysia yang telah menyumbang dalam sains lautan - Prof Madya Dr Goh Hong Ching dari Universiti Malaya dalam projek perlindungan bakau, Prof Zainura Zainon Noor dari Universiti Teknologi Malaysia untuk penyelidikan Hab Keselamatan Air, dan Hui Ling, penuntut PhD Universiti Nottingham Malaysia yang mengkaji kesan plastik mikro di rantau ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Penglibatan Pegawai, Anggota Tentera Di Turkiye Harumkan Nama Malaysia - Mohamad

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Akan Puji Hishammuddin Jika Projek LCS Siap Ikut Jadual’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Rakyat Malaysia Terima Anugerah Kehormat Daripada Kerajaan UK

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 54 minit yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan