web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penglibatan Pegawai, Anggota Tentera Di Turkiye Harumkan Nama Malaysia - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:07AM

Malaysia merupakan antara negara pertama hantar bantuan operasi dan menyelamat serta membina hospital medan di Turkiye - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malaysia di mata antarabangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata khidmat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang enam minggu bertugas memberi bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi sentiasa menjadi sebutan kepimpinan Turkiye terutamanya Menteri Pertahanan negara itu Hulusi Akar.

“Beliau (Hulusi) beberapa kali menyebut betapa gembiranya mereka apabila kita datang membantu dan Malaysia merupakan antara negara pertama hantar bantuan operasi dan menyelamat serta membina hospital medan di sana. ATM telah menjalankan misi dengan begitu baik dan cemerlang,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight II di Wisma Perwira ATM di sini, malam tadi.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz serta Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yüksel.

HMM memulakan operasi pada 15 Februari lepas dengan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap tiga, termasuk prosedur pembedahan kepada masyarakat setempat serta Outreach Medical Programme dengan petugas berkunjung ke rumah mangsa untuk pemeriksaan perubatan.

Sepanjang operasi berkenaan 2,415 pesakit telah dirawat termasuk 83 kes pembedahan telah berjaya dilaksanakan.

Sementara itu, Kpt Nur Hidayah Amran, 31, yang merupakan antara Pegawai Perubatan yang menyertai misi itu berkata secara purata kira-kira 80 pesakit dirawat sehari di HMM.

"Pasukan petugas juga berdepan kesukaran cuaca terlampau sejuk sehingga -15 darjah Celsius selain kami juga berdepan beberapa gegaran susulan yang agak kuat sehingga kami terpaksa berhenti seketika untuk memberi rawatan kepada pesakit," katanya.

Pakar bedah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Dr A. Sivanathan, 39, berkata sepanjang di sana, beliau berjaya melaksanakan 40 pembedahan kecil.

“Ini misi pertama sebagai pakar bedah, banyak pengalaman yang dilalui termasuk tidur sebilik bersama bersama 25 anggota dan pegawai yang lain serta mengalami luka beku di hidung dan telinga akibat cuaca yang sejuk," katanya. 

Pada 6 Februari lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye dan barat laut Syria dan kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad