web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2026 6:29PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika kanak-kanak seusianya leka bermain, mendiang Truper K. Indiran sejak kecil sudah menanam azam untuk menyarung uniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti bapanya. Namun, takdir menentukan sebaliknya apabila insan yang menjadi sumber inspirasinya itu pergi terlebih dahulu.

Mendiang menyertai ATM meskipun bapanya mendiang Lt Kol C. Kayamboo terkorban ketika berkhidmat pada 2016 dalam nahas udara berhampiran Pangkalan Udara Butterworth. Kisah itu disifatkan sebagai lambang semangat luar biasa yang mampu menjadi inspirasi, khususnya dalam kalangan kaum minoriti di negara ini.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Datuk Sharuddin Omar berkata kehilangan Kayamboo kira-kira sedekad lepas tidak pernah melemahkan semangat Indiran, walaupun ketika itu beliau masih berusia sekitar 12 tahun.

Sebaliknya, tragedi berkenaan menjadi pemangkin untuk meneruskan legasi perjuangan bapanya dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Indiran menjadikan tragedi kematian bapanya sebagai sumber kekuatan untuk berkhidmat kepada negara. Kehilangan itu tidak dilihat sebagai perkara negatif, sebaliknya menyemarakkan lagi azamnya untuk menyambung perjuangan," katanya kepada Bernama.

Menurut Sharuddin, kisah berkenaan wajar dijadikan contoh terbaik bahawa tragedi mampu membentuk jati diri serta menyemai semangat mempertahankan bangsa dan negara tanpa mengira kaum.

Beliau berkata cerita pengorbanan seperti itu tidak seharusnya hanya dikenang sebagai episod duka, sebaliknya perlu dikongsikan kepada generasi muda sebagai bukti bahawa kesedihan dan kehilangan boleh diterjemahkan kepada semangat perjuangan tanpa mengira bangsa.

Mengulas penglibatan bukan Melayu dalam ATM, beliau berkata sejarah membuktikan penyertaan kaum India dan Cina amat signifikan, terutama ketika era darurat pertama dan kedua antara 1968 hingga 1989. Malah, ramai dalam kalangan mereka terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira latar belakang bangsa.

Bagaimanapun, katanya perkembangan pesat sektor industri dan ekonomi selepas 1989 menyaksikan penglibatan bukan Melayu dalam perkhidmatan ketenteraan semakin berkurangan apabila ramai memilih bidang yang menawarkan pulangan lebih lumayan.

Sehubungan itu, beliau berpandangan kisah Indiran perlu dilihat sebagai simbol bahawa tanggungjawab mempertahankan negara bukan milik satu bangsa sahaja, sebaliknya amanah bersama seluruh rakyat Malaysia.

Menyentuh aspek kebajikan keluarga, Sharuddin berkata sistem kebajikan ATM kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini, termasuk pengiktirafan kenaikan pangkat anumerta seperti yang diterima Kayamboo, sekali gus memberi kesan kepada kadar pencen keluarga.

Menurutnya Indiran juga layak menerima faedah yang diperuntukkan kepada anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, termasuk ganjaran perkhidmatan dan manfaat insurans kelompok Koperasi Tentera.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta menyitatkan kehilangan dua generasi dalam sebuah keluarga yang berkhidmat kepada negara sebagai satu pengorbanan besar yang wajar dikenang.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pengorbanan keluarga mendiang Indiran sebagai tidak ternilai, apabila ibunya S. Usha sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang mengabdikan khidmat kepada negara.

"Pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang tetapi dua insan tersayang kepada tanah air adalah satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun," katanya.

Pada 18 Februari lepas, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja Kem Batu 10 Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad