web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2026 4:07PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan terus memberikan fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dalam perancangan sedang dibincangkan sekarang, terdapat beberapa pembaikan kuarters telah diambil tindakan.

"Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus. Tahun-tahun lepas RM1 bilion telah diberikan kepada kuarters tentera dan polis untuk baik pulih rumah yang sangat uzur," kata beliau.

Anwar berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri dan Ihya' Ramadan di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dalam ucapannya memohon agar Ketua Setiausaha Perbendaharaan melalui Belanjawan akan datang dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa tanggungjawab membangunkan negara bukan terletak pada satu pihak sahaja.

"Tanggungjawab membangunkan negara ini bukan tanggungjawab satu pihak. Sama sepertimana kita tengok aspek keamanan, ada kata ini tanggungjawab polis saja, tak betul. Ini tanggungjawab semua.

"Guna Ramadan ini sebagai masa kita kemaskan diri kita, perbaiki prestasi kita, betulkan apa-apa kekurangan dan kelemahan dalam diri kita. Kemudian usahakan supaya negara ini lebih teratur," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia, Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain atas ketangkasan dan kecekapan mereka, namun mengingatkan supaya tidak leka.

"Saya bangga dengan prestasi tugas saudara-saudari setakat ini, tetapi jangan kita leka. Kita nilai diri kita sendiri... jangan kita merosot," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad