web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Akan Puji Hishammuddin Jika Projek LCS Siap Ikut Jadual’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:36PM

Guan Eng berkata Hishammuddin tidak seharusnya memperlekehkan skandal RM9 bilion projek LCS, sebagai satu jenaka. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau hanya akan memuji Datuk Seri Hishammuddin Hussein jika Menteri Pertahanan itu berjaya memastikan Kapal Tempur Pesisir (LCS) disiapkan mengikut jadual.

Menjawab sindiran Hishammuddin yang mengatakan Ahli Parlimen Bagan itu tidak akan memujinya sehingga hari kiamat, Guan Eng berkata, akauntabiliti penuh terhadap skandal RM9 bilion berkaitan projek LCS adalah lebih penting ketika ini.

“Hishammuddin tidak seharusnya memperlekehkan skandal RM9 bilion projek LCS, sebagai satu jenaka dengan menolak kritikan terbuka saya sebagai bimbang tentang pencapaiannya dan secara sinis menyatakan bahawa saya tidak akan memujinya sehingga hari kiamat.

“Beliau silap kerana saya akan memujinya dengan serta-merta jika dia dapat memastikan projek LCS disiapkan mengikut jadual.

“Akauntabiliti penuh terhadap skandal RM9 bilion projek LCS adalah lebih penting daripada Hishammuddin atau hari kiamat saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, orang ramai mahukan jawapan sebenar daripada Hishammuddin apabila keselamatan negara boleh dikompromi dengan aset tentera laut yang tidak siap walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini Hishammuddin tidak memberikan penjelasan penuh sebab pembayaran besar itu diluluskan.

“Hishammuddin juga tidak menjelaskan bagaimana dia boleh menyaksikan pelancaran kapal LCS pertama yang belum siap pada 2017, lengkap dengan tiang palsu dengan kos RM400,000 yang dibuang sejurus selepas majlis pelancaran.

“Bolehkah Hishammuddin juga menjelaskan mengapa tidak seorang pun didakwa di mahkamah melibatkan skandal kapal LCS walaupun terdapat banyak siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?” soalnya.

Tegas mantan Menteri Kewangan itu, jawapan tidak bertanggungjawab Hishammuddin mengenai perolehan pertahanan yang serius akan memberi gambaran negatif sekaligus merendahkan keupayaan pertahanan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Hishammuddin harus bangun daripada tidur dan serius dalam menjalankan tugasnya dengan baik atau seluruh dunia akan melihat kegagalannya yang teruk sebagai Menteri Pertahanan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Hishammuddin berkata, tindakan Guan Eng meletakkan dirinya di tangga teratas dalam senarai menteri gagal adalah disebabkan Pengerusi DAP itu bimbang dengan apa sudah dilakukannya setakat ini untuk menyelamatkan projek LCS.

“Dalam politik apabila dia keluarkan kenyataan begitu, maknanya dia bimbang apa yang dah kita lakukan.

“Orang yang tak endahkan kita maknanya kita tak buat kerja dan saya nak beritahu kepada Guan Eng cakaplah lebih, kerana saya tahu sampai kiamat pun dia takkan kata bahawa saya menteri dah berjaya,” katanya.

Beberapa hari lalu Guan Eng meletakkan Hishammuddin di kedudukan teratas dalam senarai 10 menteri Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang gagal menjalankan tugas.

Ini kerana jelas Guan Eng, Hishammuddin menyelia pembelian LCS bernilai RM9 bilion.

Selain Hishammuddin, Guan Eng turut mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai tidak cekap.

Dalam ketiga-tiga pemimpin itu, Guan Eng menganggap Idris yang juga Naib Presiden PAS sebagai menteri paling teruk. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad