web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 9:45AM

Lim Guan Eng - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini perlu bersatu padu dan mengekang kemaraan pihak yang cuba mengeksploitasi isu perkauman demi kepentingan peribadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia termasuk menghentikan penularan fahaman ekstremisme yang berupaya menggadaikan integrasi dan perpaduan nasional.

Menurut beliau, kelompok pelampau berkenaan dikesan menggunakan naratif sempit yang eksklusif dan tidak bertolak ansur terhadap minoriti.

“Ia jelas bertentangan dengan kepelbagaian Malaysia dan corak pemerintahan yang inklusif dan majmuk,” katanya.

Lebih menggusarkan, tegas mantan Menteri Kewangan itu, ialah ketidakcekapan golongan terbabit dalam mengurus ekonomi.

“Jika dibiarkan mentadbir Malaysia, ia akan meletakkan negara ini beberapa dekad ke belakang, seperti yang terlihat pada kegagalan tadbir urus negeri mereka yang kekal miskin dan mundur hinggakan bekalan air bersih pun tiada. 

“Hanya Kerajaan Perpaduan yang mampu menjamin kemakmuran rakyat melalui pengurusan ekonomi yang cekap dan mantap,” katanya.

Rakyat negara ini tidak boleh berpecah dan perlu menyokog kepemimpinan kerajaan - gambar hiasan
Rakyat negara ini tidak boleh berpecah dan perlu menyokog kepemimpinan kerajaan - gambar hiasan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun segelintir pembela Perikatan Nasional (PN) cuba untuk menyucikan gelombang hijau dan menyifatkan ia sebagai sekadar penolakan rakyat terhadap dasar Kerajaan Perpaduan, puak ini bagaimanapun berdiam diri terhadap kenyataan PN yang rasis dan ektremis. 

“Pertembungan politik pada dasarnya kekal sebagai pertarungan antara kuasa pro kerajaan perpaduan dan pro-PN. 

“Rakyat Malaysia tidak boleh berpecah tetapi sebaliknya mesti menyokong Kerajaan Perpaduan yang prihatin dan mewakili semua rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Guan Eng menarik perhatian, keistimewaan yang diberikan Kerajaan Perpaduan kepada wilayah Sabah dan Sarawak belum pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.

“Ia adalah petanda kepada satu masa depan yang cerah dengan perkongsian kuasa dan sumber yang lebih adil. 

“Justeru, mereka yang menentang rasisme dan ektremisme hendaklah bersatu demi memastikan Malaysia adalah milik rakyatnya yang lahir, belajar, menetap, bekerja, membayar cukai dan membesarkan anak-anak mereka di sini,” katanya.

Mengakui Kerajaan Perpaduan tidak sempurna, Guan Eng bagaimanapun berkata, barisan Kabinet yang ada tidak pernah melakukan onar sebaliknya kekal komited terhadap hak asasi rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Marilah kita bersama mendukung Kerajaan Perpaduan yang bertekad untuk membela semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar kaum dan agama,” katanya. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 16 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad